Aku, Dahulu.

Malam tadi, aku keluar sebentar ke bandar Bangi.
Aku keluar menghantar pakaian ke pusat dobi berhampiran.
Ya, aku maklum, aku sedia maklum bahawa aku cukup malas untuk membasuh baju dengan sendirinya.

Sejurus selesai urusan di pusat dobi, aku memandu kereta sewa menuju ke Warta Bangi. Dengan harapan boleh lah aku mencari makanan untuk makan malam.
Tiada apa yang menarik, aku terus memesan piza untuk dibawa pulang.

Sementara menunggu piza disediakan. Aku berkeputusan untuk berjalan sebentar bagi memenuhi masa yang terluang.
Aku hendak naik ke tingkat atas, kerana sesungguhnya aku jarang sekali naik ke atas. Kali terakhir adalah apabila aku hendak mencari disket untuk digunakan dalam ujian pengaturcaraan komputer.

Aku mencari eskalator, aku jumpa, aku menapak.
Aku toleh ke belakang, aku ternampak, seorang budak, diatas sejenis permainan kanak-kanak yang apabila dimasukkan wang syiling, ianya akan bergerak ke depan dan ke belakang.
Ya, seorang budak, didalam pasaraya bermain dengan permainan sebegitu langsung tidak aneh.

Aku merenung budak tersebut, semakin lama aku tenung, semakin menjauh budak tersebut. Maklumlah, tangga bergerak.

Semakin lama, semakin budak itu menjauh, semakin aku toleh ke belakang, ke garis kehidupan aku.
Aku buntu.

Kanak-kanak tersebut, mempunyai raut wajah, serupa aku, 15-16 tahun ke belakang. Aku teringat sedikit sebanyak perihal apa yang terjadi pada masa dahulu.

Ada yang aku kesal, ada yang aku suka.
Aku buntu.
Ya, aku buntu.

Terus aku batalkan niat untuk berjalan-jalan, aku memilih untuk duduk di satu sudut di dalam pasaraya tersebut.
Nanti lepas siap piza tersebut, aku akan segera beredar.
Ya, segera beredar.
Aku buntu.

6 comments:

  1. Pergh, engkau nampak flashback zaman silam tu. Macam cerita cerita tempatan, selalu ada flashback flashback ni.

    ReplyDelete
  2. gory-kalau zoom zoom muka ni cerita seberang..haha\

    lokma-aku buntut!

    ReplyDelete
  3. takkan la aku berlakon..

    ehsan - palats.

    ReplyDelete
  4. ehsan tuh takley nak komen molek skit ka? hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahu ehsan. adab mane adab? Roti kaya betol la.

    ReplyDelete
  6. menarik

    ini kira mcm flashback
    or is it something that want u to know something

    ReplyDelete