Yeay!

Akhirnya, setelah beberapa lama menuggu jatuhnya buku ini ke riba aku, dapat juga aku memilikinya setelah sedikit usaha (gila apa tunggu buku jatuh atas riba, bulan boleh la kot).


Yang ni versi Bahasa Indonesia sahaja terbit, Bahasa Melayu tidak dapat diterjemahkan, aku pun tak tahu sebab apa, mungkin kerana Bahasa Indonesia nya mudah difahami, ye dok?

Sebagai makluman, tempat kejadiannya peristiwa dalam buku ini, mahupun segala yang berkait dengan buku ini, orang-orangnya terdiri daripada orang Melayu! Dah.. jangan buat-buat terkejut.

Salinan pertama terbit pada tahun 2007(covernya diatas), tidak silap saya, dan yang terkini, begini muka hadapannya, bak kata orang cover..


Filem yang diadaptasi daripada buku ini pun telah diterbitkan, lagunya juga, yang didendangkan oleh kumpulan seberang yakni Nidji, kesemuanya atas satu nama yang sama, yakni Laskar Pelangi.

Tak perlulah aku gambarkan bagaimana kisahnya, cukup sekadar memujuk kamu semua samada menonton, atau mendapatkan senaskah buku ini.
Tak salah kita beli produk seberang, bangsa Melayu jugak..

Saya sedang mendengar :- (Best of Me)Daniel Powter, (Dreamin`, No One Else)Weezer

2 comments: