Manusia lemah

Manusia memang lemah kan? Siapa yang katakan manusia kuat? Ada? Mungkin hamba-hamba Tuhan yang mengaku tidak adanya tuhan la kot yang berkata demikian. Ahh, tak perlu aku sabitkan mereka-mereka yang tiada agama. Bukan kerna aku tidak ambil tahu, tapi buang masa, namun kadang-kala, terselit juga mereka dalam doa-doa harian. 0:)

Manusia yang gagal menahan nafsu, lemah..
Manusia yang gagal menghadapi ujian, lemah..
Manusia yang gagal tepati masa, lemah..
Manusia yang kalah, lemah..

Senang katalah, manusia memang lemah, tuhan saja yang layak mendapat title Maha Kuat.

Bukan tujuan aku nak menceritakan betapa lemahnya manusia pada posting kali ni. Aku hanya ingin menyatakan, beberapa sikap manusia, yang langsung tidak boleh bertolak ansur, bertimbang rasa malahan.

Masalah menimpa, tak perlu la lari daripada tanggungjawab. Sekalipun masalah itu merugikan diri saya/kita/kamu/kau, jangan lah menuduh orang lain. Tak pernah ke terasa mahu mengaku kesalahan, dan menanggung akibat. Ini tidak, terus menerus mengutuk, mengata belakang, tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri, walhal kuat itu milik tuhan.

Sedar la diri kau tu sikit. Sudah-sudah la salahkan orang. Tengok sikit siapa kita tu? Cermin diri lagi sesuai.

Saya sedang mendengar :- (How it`s going to be, I want you) - Third eye blind

No comments:

Post a Comment