Terasa

Aku bukan apa, bukan touching atau apa.
Aku cuma terasa.
Kampang, kalau selalu sangat ko nak rasa, apa aku rasa kang?
Bodoh!

Train

ya, semalam aku menaiki tren, dari satu destinasi ke satu destinasi yang pasti. Tak perlu aku nyatakan terlalu spesifik, cukup dari tempat ini ke tempat itu.

Tren yang aku tumpangi adalah jenis Putra, tidak reti aku nak klasifikasikannya kepada berbagai jenis tren yakni KTM, Rapid dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada kisah aku, usai membeli tiket di kaunter, terus aku meluru ke tangga bergerak(escalator) menuju ke kawasan menuggu tren. Sampai sahaja di atas, tren hampir2 mengatup pintu dan bergerak, mujur aku sempat masuk.

Selang beberapa minit, dalam perjalanan ke stesen seterusnya, tiba-tiba, tren yang sedia ada bergerak tidak se`proaktif` seperti biasa, yakni laju dan pantas, terhenti aku terfikir sejenak, mungkin kadang kala pemandu tren perlu ke tandas, barangkali..

Perkara sebegini bukan boleh dibuat main-main, mungkin awek dihadapan aku perlu segera untuk bertemu buah hati nya, mungkin seorang lelaki yang gempal badannya, sambil makan buah-buahan segar perlu segera tiba dirumah untuk makan malam, mungkin juga seorang jejaka sedang gemuruh, tidak sabar untuk pertama kali keluar bersama wanita idamannya.

Peristiwa tren yang bergerak yang kadang kala `merajuk` ni pertama kali aku lalui kala bukan waktu kemuncak seperti hujung minggu, hujung minggu lain cerita okay.

Tren yang aku naiki telah menyebabkan delay, lebih kurang 15 minit(lama la kalau nak dibandingkan dengan kelajuan tren tersebut yang patutnya seperti pelesit, ni bukan KTM ok).
Mungkin salah aku menuduh tanpa soal selidik, bahawa sebenarnya, tren tersebut memang gemar berehat di tempat yang sama berulang kali(kalau kat stesen tak kisah). Mungkin semua awek yang tidak sabar berjumpa buah hatinya, lelaki yang tidak sabar makan malam dan jejaka yang gemuruh untuk berjumpa wanita idamannya sudah lali dengan perkara sebegitu, dan mereka telah memaklumkannya kepada pasangan masing2 tentang kelewatan yang sangat common itu.

Ahh.. Aku masih tak puas hati, nasib baik air-conditioner berfungsi dengan baik dan setia.

Ok, jejaka tu mungkin aku reka, tapi awek dan lelaki lapar tersebut nyata.

Kerja.

aku bukan pekerja yang bekerja kemudian memperoleh duit sebagai gaji/upah dan sebagainya.
namun kerja aku tetap bertimbun.
banyak kali aku berimaginasi menyiapkan kerja aku. namun, hampeh..
didalam dunia realiti..ianya tetap sama seperti aku tidak bekerja.
aku terfikir, kalau lah kerja yang aku buat sekarang ni memberikan gaji/upah dan sebagainya..
mesti siap semua kerja ni sekelip mata, sumpah tiada apa yang tertinggal.
masalahnya siapa yang nak kasi upah tu?

disamping kerja yang bertimbun, aku juga punyai impian yang bertimbun-timbun(lebih banyak dari kerja laa)..
haish.
aku menetapkan syarat buat diriku sendiri, setiap kerja yang selesai dan ditahap cemerlang akan dihadiahi dengan impian yang satu-persatu akan ditunaikan.
masalahnya, kerja ni tak siap-siap..

sapa boleh kasi aku gaji?

cilake

sejam setengah yang lalu,

"banyak yang boleh aku ketengahkan dalam blog ni..."

sekarang,

"hamjadah, aku ada nak bubuh entry ke tadi?"

cilakak punya bloggers. jangan exposekan bermacam-macam blog untuk aku, kang lalai

Masalah.

Apa jadah aku bersedih bila dah nak exam ni?

McD

semalam sebelum aku memaki hamun pada operator telefon McD bahagian Melaka,
mujur jauh dalam hati aku terdetik,
bahwa Masjid Tanah ni jauh nya lebih kurang 30KM dr Bandar Melaka,
dan McD hanya menerima tempahan McDelivery dalam linkungan 15KM sahaja.
terus aku slow talk dengan operator tersebut.

hari aku ditenangkan oleh Kolonel KFC..

dalam seminggu dua lagi, aku akan cuba kontek rakan ku, yang jauh berada di US,
yakni Ronald McDonalds agar membuka satu cawangan di Masjid Tanah agar tak perlu aku bersusah payah bergaduh dengan operator cawangan Dataran Pahlawan.

*kalau boleh aku nak ikat kontrak jadi rakan kongsi sekali

sawang

bangun pagi tadi, aku rasa macam tak lengkap hidup,
buat la check list, semayang subuh..sudah, makan..belum, mandi..sudah,
tapi apa masalah nya?

aku pun terus gerak ke bilik seorang rakan taulan yakni wira, merangkap bilik afiq, syed juga mal..
masuk2 konon2 nak buat diskusi..
aku ternampak pulak laa sebuah notebook lengkap ber`broadband`..
aku try online,
fuuhhhh..laju.

tengah sedap2 baca blog, aku terlupa, yang penulisan aku pun dah lama terhenti.
datang la seru nak bukak akaun aku yang hampir2 di`delete` syarikat blog terkemuka nih..
lepas masuk je username ngan password, aku tekan log in.
tak lama lepas tu..

BZZZ..BZZ.BBZZZBZBZBBZZZ..

fuh, bersepah tebuan keluar dari laman sesawang aku yang sedia bersawang.
macam palat rasa bila blog dah 3-4 bulan update.