semalam sebelum aku memaki hamun pada operator telefon McD bahagian Melaka,
mujur jauh dalam hati aku terdetik,
bahwa Masjid Tanah ni jauh nya lebih kurang 30KM dr Bandar Melaka,
dan McD hanya menerima tempahan McDelivery dalam linkungan 15KM sahaja.
terus aku slow talk dengan operator tersebut.
hari aku ditenangkan oleh Kolonel KFC..
dalam seminggu dua lagi, aku akan cuba kontek rakan ku, yang jauh berada di US,
yakni Ronald McDonalds agar membuka satu cawangan di Masjid Tanah agar tak perlu aku bersusah payah bergaduh dengan operator cawangan Dataran Pahlawan.
*kalau boleh aku nak ikat kontrak jadi rakan kongsi sekali
No comments:
Post a Comment