Train

ya, semalam aku menaiki tren, dari satu destinasi ke satu destinasi yang pasti. Tak perlu aku nyatakan terlalu spesifik, cukup dari tempat ini ke tempat itu.

Tren yang aku tumpangi adalah jenis Putra, tidak reti aku nak klasifikasikannya kepada berbagai jenis tren yakni KTM, Rapid dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada kisah aku, usai membeli tiket di kaunter, terus aku meluru ke tangga bergerak(escalator) menuju ke kawasan menuggu tren. Sampai sahaja di atas, tren hampir2 mengatup pintu dan bergerak, mujur aku sempat masuk.

Selang beberapa minit, dalam perjalanan ke stesen seterusnya, tiba-tiba, tren yang sedia ada bergerak tidak se`proaktif` seperti biasa, yakni laju dan pantas, terhenti aku terfikir sejenak, mungkin kadang kala pemandu tren perlu ke tandas, barangkali..

Perkara sebegini bukan boleh dibuat main-main, mungkin awek dihadapan aku perlu segera untuk bertemu buah hati nya, mungkin seorang lelaki yang gempal badannya, sambil makan buah-buahan segar perlu segera tiba dirumah untuk makan malam, mungkin juga seorang jejaka sedang gemuruh, tidak sabar untuk pertama kali keluar bersama wanita idamannya.

Peristiwa tren yang bergerak yang kadang kala `merajuk` ni pertama kali aku lalui kala bukan waktu kemuncak seperti hujung minggu, hujung minggu lain cerita okay.

Tren yang aku naiki telah menyebabkan delay, lebih kurang 15 minit(lama la kalau nak dibandingkan dengan kelajuan tren tersebut yang patutnya seperti pelesit, ni bukan KTM ok).
Mungkin salah aku menuduh tanpa soal selidik, bahawa sebenarnya, tren tersebut memang gemar berehat di tempat yang sama berulang kali(kalau kat stesen tak kisah). Mungkin semua awek yang tidak sabar berjumpa buah hatinya, lelaki yang tidak sabar makan malam dan jejaka yang gemuruh untuk berjumpa wanita idamannya sudah lali dengan perkara sebegitu, dan mereka telah memaklumkannya kepada pasangan masing2 tentang kelewatan yang sangat common itu.

Ahh.. Aku masih tak puas hati, nasib baik air-conditioner berfungsi dengan baik dan setia.

Ok, jejaka tu mungkin aku reka, tapi awek dan lelaki lapar tersebut nyata.

No comments:

Post a Comment