Hidup

Bayangkan roda. Roda yang berpusing. Kemudian berhenti. Kemudian berpusing lagi.
Banyak orang samakan hidup kita semacam roda. Kadang-kadang di atas, ada satu masa di bawah.

Perkara dalam hidup kita tak semestinya semua kejayaa
n, kegagalan, kehampaan, kekecewaan.
Yang senang takut untuk turun ke bawah, yang sus
ah tak sabar-sabar nak naik ke atas.
Lumrah hidup. Asal kejadian.

Coldplay merekodkan satu lagu, Fix You, ada satu ayat yang menyebut,
"When you get what you want, but not what you need."
Kita kadang-kala, tak sedar, apa yang kita buat, apa yang kita dapat. Tapi tak selalu. KADANG-KALA.
Orang selalu mengingatkan, jangan terlalu leka bila berada dalam 'zon selesa'.
Tapi macam biasa, orang ingatkan, kita lupa. Tuhan ingatkan, kita lupa. Kena artis ingatkan, baru la kita tak lupa. Artis pulak kena yang Korea, yang dahi licin. Kalau tak, tak sah. Hahaha..
Ok, ini bodoh.

Bercakap pasal artis Korea, ni aku ada sorang artis Korea nak ditampilkan.
Harap-harap pengajaran dia, peminat artis-artis ni semua ingatlah. (Walaupun takde orang baca)

Fighter in the Wind

Poster dia memang lain macam baik
Satu lagi poster lain macam baik

Ya kawan-kawan. Tanpa tali. Tanpa tali!

Ok ini selingan. :P

Cerita ni pasal memoir seorang pahlawan, berdarah Korea, tapi tinggal dekat Jepun perjuangkan nasib yang bagi dia, tak pernah baik. Melainkan jumpa dengan seorang geisha. Yakni makwe diatas. Dia datang ke Jepun sebab nak jadi juruterbang masa Perang Asia Pasifik. Kemudian, nasib tak pernah baik bagi dia. Sampailah satu masa dia dapat seruan pergi bertapa dekat gunung, sebab nak jadi yang terkuat. (Tapi sayang, bukan seruan Islam) Berbekalkan buku nukilan Miyamoto Mushashi yang bertajuk The Book of Five Rings sebagai satu-satunya rujukan dia seumur hidup, dia bertapa 14 bulan. Bahagian yang kemudian anda, anda, dan anda tengoklah sendiri. Aku malas nak tulis.

Miyamoto Mushashi adalah seorang lagenda yang betul-betul hidup, seorang samurai, pakar pedang yang pernah hidup satu zaman dulu di Jepun. Mengamalkan Kenjutsu. Bae Dal pulak mengamalkan karate. Jenis kyokushin ke apa ntah aku tak berapa nak ingat.

Banyak pengajaran dalam filem ni, pasal seorang pejuang. Pasal seorang manusia. Manusia yang pernah jatuh, hilang kepercayaan dalam diri sendiri, tapi kemudian bangkit oleh sebab tekanan.
Manusia yang duduk di atas, tak pernah turun, tapi tiba-tiba jatuh mendadak, penuh malu.

Dalam hidup aku sendiri, banyak kali aku lupa diri bila aku dekat atas. Aku hilang kepercayaan pada diri sendiri bila aku dekat bawah. Bila aku dekat atas, tak putus-putus aku dahagakan kejayaan, sampai lupa pada tuhan, lupa orang sekeliling, lupa pada yang tersayang. Bila aku dekat bawah, tak putus-putus aku bina imaginasi sendiri, bina satu sangkaan yang aku sendiri tak terjangkakan, pada masa yang sama aku lupa, aku lupa bahawa itu semua kerja Tuhan.

:)

Pada tersirat mungkin aku tak nampak bahawa Tuhan memberikan segala yang terbaik buat aku, tapi pada tersurat aku percaya, bahawa keluarga aku, ASB dan kawan-kawan sentiasa tahu apa yang terbaik bagi aku. Terima kasih nssyml. Always.

No comments:

Post a Comment