Satu situasi itu.

Ada satu situasi ini. Kau tidak pasti apa status kau. Adakah kau dianggap istimewa atau tidak, kau dianggap biasa sahajakah? Kau musykil. Kau berang. Kau merajuk. Kenapa? Kerana tidak berasa penting. Kau runsing, apa yang terjadi bukan seperti yang diinginkan. Kau tidak keruan, kerana perkara kebiasaan telah menjadi perkara yang langsung janggal dilakukan sehari-hari. Kau resah, mengenangkan perbuatannya terdahulu yang pernah jatuh, selain daripada jatuh terhadap kau.

Ada satu situasi ini. Kau tahu apa status dia. Kau tidak mahu menganggapnya istimewa, kerana nanti semakin dimanjakan, semakin parah. Kau tahu dahulunya kau bersungguh, sekarang tidak. Kau sedar perbuatan kau itu mendatangkan keburukan. Kau tetap tidak mahu mengakui segala kebenaran. Kau langsung menjadi seorang yang menganggap semua perkara itu, biasa sahaja, tidak ada apa-apa yang istimewa. Mungkin itu sikap kau sejak azali lagi, cuma kau bersungguh kerana khuatir, lebih perit melihatnya jatuh ke tangan orang lain. Kau masih, tidak mahu mengakui kebenaran, tetap dengan ketidak perasaan kau itu. Namun kau sedar kau terpaksa.

Aku tahu semua itu. Aku sedar semua itu.

Tapi bila untuk akses kemana-mana tempat yang berkaitan telah dihalang. Aku akur. Aku faham. Aku tahu apa keinginan kau. Kau sempat bertanya, "Kenapa kau boleh akses lagi?", dalam keributan tersebut. Aku tahu. Kata-kata kau, ibarat panah, laju menikam. Aku akur. Aku pasrah. Aku tahu, bila aku sudah tidak penting lagi. Tapi kau tidak pernah tahu, betapa pentingnya kau, bila aku sembunyikan itu. Aku terasa, bila kau memberi kata-kata yang laju menikam aku, kerana aku tahu, panah itu sepatutnya tidak disasarkan kepadaku. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak sasaran..?

Bukan semalam aku tahu apa keinginan kau sebenarnya.
Aku tahu siang tadi kala aku baru bangkit dari tidur.

Saat kau diminta dipertemukan yang lain.
Saat kau musykil aku masih boleh akses.
Saat kau membuat keputusan tidak bertanyakan kepada aku, sedangkan perkara itulah yang sering ditanya kepada aku, saban hari.

Aku akur. Pada situasi itu. Memaksa aku untuk bingkas bangun, beredar.

4 comments: