Satu situasi itu.

Ada satu situasi ini. Kau tidak pasti apa status kau. Adakah kau dianggap istimewa atau tidak, kau dianggap biasa sahajakah? Kau musykil. Kau berang. Kau merajuk. Kenapa? Kerana tidak berasa penting. Kau runsing, apa yang terjadi bukan seperti yang diinginkan. Kau tidak keruan, kerana perkara kebiasaan telah menjadi perkara yang langsung janggal dilakukan sehari-hari. Kau resah, mengenangkan perbuatannya terdahulu yang pernah jatuh, selain daripada jatuh terhadap kau.

Ada satu situasi ini. Kau tahu apa status dia. Kau tidak mahu menganggapnya istimewa, kerana nanti semakin dimanjakan, semakin parah. Kau tahu dahulunya kau bersungguh, sekarang tidak. Kau sedar perbuatan kau itu mendatangkan keburukan. Kau tetap tidak mahu mengakui segala kebenaran. Kau langsung menjadi seorang yang menganggap semua perkara itu, biasa sahaja, tidak ada apa-apa yang istimewa. Mungkin itu sikap kau sejak azali lagi, cuma kau bersungguh kerana khuatir, lebih perit melihatnya jatuh ke tangan orang lain. Kau masih, tidak mahu mengakui kebenaran, tetap dengan ketidak perasaan kau itu. Namun kau sedar kau terpaksa.

Aku tahu semua itu. Aku sedar semua itu.

Tapi bila untuk akses kemana-mana tempat yang berkaitan telah dihalang. Aku akur. Aku faham. Aku tahu apa keinginan kau. Kau sempat bertanya, "Kenapa kau boleh akses lagi?", dalam keributan tersebut. Aku tahu. Kata-kata kau, ibarat panah, laju menikam. Aku akur. Aku pasrah. Aku tahu, bila aku sudah tidak penting lagi. Tapi kau tidak pernah tahu, betapa pentingnya kau, bila aku sembunyikan itu. Aku terasa, bila kau memberi kata-kata yang laju menikam aku, kerana aku tahu, panah itu sepatutnya tidak disasarkan kepadaku. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak sasaran..?

Bukan semalam aku tahu apa keinginan kau sebenarnya.
Aku tahu siang tadi kala aku baru bangkit dari tidur.

Saat kau diminta dipertemukan yang lain.
Saat kau musykil aku masih boleh akses.
Saat kau membuat keputusan tidak bertanyakan kepada aku, sedangkan perkara itulah yang sering ditanya kepada aku, saban hari.

Aku akur. Pada situasi itu. Memaksa aku untuk bingkas bangun, beredar.

Aku, Dahulu.

Malam tadi, aku keluar sebentar ke bandar Bangi.
Aku keluar menghantar pakaian ke pusat dobi berhampiran.
Ya, aku maklum, aku sedia maklum bahawa aku cukup malas untuk membasuh baju dengan sendirinya.

Sejurus selesai urusan di pusat dobi, aku memandu kereta sewa menuju ke Warta Bangi. Dengan harapan boleh lah aku mencari makanan untuk makan malam.
Tiada apa yang menarik, aku terus memesan piza untuk dibawa pulang.

Sementara menunggu piza disediakan. Aku berkeputusan untuk berjalan sebentar bagi memenuhi masa yang terluang.
Aku hendak naik ke tingkat atas, kerana sesungguhnya aku jarang sekali naik ke atas. Kali terakhir adalah apabila aku hendak mencari disket untuk digunakan dalam ujian pengaturcaraan komputer.

Aku mencari eskalator, aku jumpa, aku menapak.
Aku toleh ke belakang, aku ternampak, seorang budak, diatas sejenis permainan kanak-kanak yang apabila dimasukkan wang syiling, ianya akan bergerak ke depan dan ke belakang.
Ya, seorang budak, didalam pasaraya bermain dengan permainan sebegitu langsung tidak aneh.

Aku merenung budak tersebut, semakin lama aku tenung, semakin menjauh budak tersebut. Maklumlah, tangga bergerak.

Semakin lama, semakin budak itu menjauh, semakin aku toleh ke belakang, ke garis kehidupan aku.
Aku buntu.

Kanak-kanak tersebut, mempunyai raut wajah, serupa aku, 15-16 tahun ke belakang. Aku teringat sedikit sebanyak perihal apa yang terjadi pada masa dahulu.

Ada yang aku kesal, ada yang aku suka.
Aku buntu.
Ya, aku buntu.

Terus aku batalkan niat untuk berjalan-jalan, aku memilih untuk duduk di satu sudut di dalam pasaraya tersebut.
Nanti lepas siap piza tersebut, aku akan segera beredar.
Ya, segera beredar.
Aku buntu.

Inkheart.

Pernahkah siapa-siapa sahaja menonton filem Inkheart?

Mungkin ada yang pernah.

Oh, dan ya. Aku seperti mahu hidup didalam dunia Inkheart.

Bukan apa, biarpun tempat itu ada watak antagonis, namun aku suka tempat tersebut.

Damai.
Aman.
Segar.
Tenang.
Sunyi.
Cantik.

Tidak perlu aku ungkapkan perihal antagonis.
Ahh.. Antagonis.
Dimana-mana pun mereka berada.

Sungguh, satu tempat yang aku rasakan seperti itu, mungkin terdapat di Ireland, New Zealand, Switzerland, dan mana-mana pun di dunia ini.
Bukan aku tidak mahu mengangkat Malaysia sebagai satu tempat yang,
damai,
aman,
segar,
tenang,
sunyi,
cantik..

Namun kerana di sini, tempat-tempat sebegitu sudah dicemari.
Dicemari dengan apa?
Aku tidak tahu.
Yang aku cukup pasti, sudah dicemari.
Sudah dicemari.

Lompat.

Dah dua hari 4 hari berturut-turut aku mengunjungi pensyarah ku untuk menuntut ilmu yang betul daripada beliau. Aku sedar, ini tidak mungkin berlaku pada ku sebenarnya.

Tapi benda nak jadi kan? Tiada siapa tahu. Hanya tuhan tahu.

Pernahkah kau terfikir, satu hari nanti, apa akan kau jadi?

Belakang.

Betapa aku ingin menjadi burung.
Jikalau aku seekor burung, aku tidak akan toleh lagi ke belakang, kerna aku pasti, jika aku toleh sejenak, untuk melihat apa yang berada dibelakangku, apa yang telah aku tinggalkan.
Kerna jika sebentar pun aku toleh ke belakang, aku pasti, tidak semena-mena aku akan hilang kawalan terhadap penerbangan aku sebagai burung.

Ya, burung tidak perlu toleh ke belakang.

Terbang.

Satu malam, kau runsing.
Kau rasa kalau keluar bersiar-siar diluar mungkin boleh menenangkan fikiran.
Kau pun buka sayap.

Namun, tak kira betapa kuat kau kibas sayap kau, kau tetap di ketinggian yang sama jika dikira dari paras laut.
Kau kibas lagi, dan lagi, sehingga kau mengah.

Baru kau teringat, kau bukan burung yang boleh terbang bebas,
kau bukan burung boleh kemana-mana sahaja tanpa memerlukan pengenalan diri dan wang,
kau bukan burung hendak kemana-mana sahaja sekalipun, hanya dengan mengibaskan sayap,
ZUSSSS!!
Kau tiba ke destinasi.

Kemudian, untuk menenangkan fikiran, kau tetap berkeras hendak keluar bersiar-siar, kau batalkan niat kau untuk terbang, kau keluarkan satu alat.
Maka keluarlah kau bersiar-siar.

*Penat juga jadi Batman ni..