Ehsan bila nampak aku, terus hulur tangan, Arifah takpe, aku hulur, dia lain jantina, lain cerita..
terus aku capai sebuah kerusi yang tak jauh dari pandangan.. Sejurus itu duduk laa..
Macam-macam fasal diborakkan, fasal membe yang duduk jauh dan lama tidak ketemu tapi masih belum `lost contact`, fasal perihal awek sekian-sekian, fasal pelajaran, fasal cuti yang mendatang, fasal kenderaan, fasal JPJ..
OK, JPJ tu kelentong.. Apa yang tertaip diatas hanyalah `background music` saja..
Disini aku nak ceritakan pasal pengalaman aku yang keluar ke tempat hebat-hebat tanpa kewangan yang kukuh, kata orang tidak berduit.
Keluar ke mana-mana pusat membeli-belah perlukan banyak pengorbanan, duit terutamanya, masa yang seterusnya, seterusnya mata, yakni dengan memandang betapa ramainya awek-awek berkeliaran di pusat membeli belah..(istigfar 3x)
Bila banyak borak, tekak pun kering, aku tak, cuma ehsan ngan arifah yang seperti mahu memaksa aku belanja diorang minum, kalau mamak tak kisah, ni Stesen Mee, ahh, aku bukannya aristokrat nak belanja2 orang dekat kedai2 eksklusif yang aku sendiri jarang pergi. Mamak Kuantan cukup eksklusif bagiku, tu bukan pelita nasi kandar lagi, itu jahanam..
Aku berdalih, tidak sanggup aku memakbulkan permintaan diorang, buleh jadi aku mintak kerje jadi tukang cuci pinggan kalau aku keluarkan duit, biasalah, dalam wallet aku, dua ringgit sekeping yang ol`skool tu, ala, yang Bank Negara nak lupuskan tuu..Tu pun sayang nak guna..
dengan 2ringgit tu, aku pun tak dapat minum tau, terus aku matikan hasrat hatiku nak minum pada hujung minggu yang membahang cuacanya.
Sedang asyik berbual kosong, aku terseluk poket seluar belah kiri, jarang sekali aku seluk sebelah kiri, kerna telefon kebiasaannya dibubuh di belah kanan, multi purpose kata orang..
Okay, berbalik saat aku seluk poket kiri, aku merasakan tebalnya lain macam, macam ada sekotak tisu, bukan2, surat khabar `The Star` aku bubuh disitu, takpe, kita tinggalkan semua tanggapan tu, bila dikeluarkan apa yang diseluk, ternyata, aku perlu order air, dikedai yang eksklusif tersebut..
Disaat itu, terus aku menghilangkan apa yang dipegang aku dari pandangan resaksa2 yang telah di`mention` tadi. Terbatal hasrat aku nak minum-minum kaya..
Dan aku belajar satu kemahiran tadi, kemahiran buat-buat miskin..
Ya, tuan-tuan, gunakan poket seluar sebagai tempat tidur nya duit anda, bukan wallet..
Maaf puan-puan, saya lebih suka yang berbaju kurung, cukup klasik..tiada poket seluar..
Mulai saat itu, 70 peratus duit aku, disimpan di poket kiri seluar, agar menjadi penyamaran duit-duit tersebut dari terus di kekah.. lebih baik menabung.. ye dok?
Berhabuk lah kau wahai poket seluar belah kiri, agak2 kalau bukak akaun ASB ni cepat kaya tak?