Kekayaan

Pantang kita ada duit lebih,
`Jom shopping`
`Nak beli baju baru la..`
`Sekarang tengah sale kan?`
Itu lah ayat yang sering terpacul keluar, bukan kerana tersengaja mahupun tidak sengaja, namun itulah hakikat pabila terlalu biasa dengan keadaan sebegitu.
Pabila terbiasa dengan kesenangan, mampu kah kita mengangkat senjata menentang musuh jika satu hari nanti, peperangan melanda? Mampukah persoalannya?
Atau pun, cukup sekadar dengan membeli tiket ke luar negara, dengan alasan,
`Malaysia tidak selamat lagi untuk diduduki..`
Bodoh, belum bertarung dah lari, itu lagi buruk dari BINATANG.
Maaf ya, terlalu kasar, tekanan emosi mungkin? Barangkali laa..

Apa cerita, pusat membeli belah dibuka sana-sini, kononnya menunjukkan kemajuan sesebuah kawasan.
Itu mungkin benar kerana menjadi pusat ekonomi.
Namun begitu, APA CERITA anak-anak muda boros berbelanja? Walhal duit pun tidak tahu dicari..
Cukupkah sekadar seorang `promoter` disebuah butik terkemuka?
Langsung tiada akal seorang pemikir.

Saban hari meminta-minta dari ibu bapa, bayangkan bila mereka tiada, hampa bukan?
Seharian, keluar bersama rakan,
`my dad kasi duit extra ni, jom jalan`, kata seorang rakan.
`papa I pun kasi, shopping la jom, ada sale kan..`,sahut seorang lagi.

Bukan seorang-dua mengucapkannya. Seeorang-dua mungkin kurang kesannya, jikalau seribu-dua? Tidakkah kaya puak-puak Zionis yang saban hari rakus memperkosa bumi Palestin, sambil mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi.

Ke mana perginya watak-watak yang sedemikian, sekiranya, Malaysia yang sebelum-sebelumnya aman, tiba-tiba dibedil roket. Siapa tahu? Melainkan Yang Satu itu dan perancangnya sahaja yang mengetahuinya, yang lain? Hanyut diarus kemewahan, yang tiada penghujungnya.

Saya disini sekadar meluahkan apa yang terbuku, yang tak dapat diluahkan kepada sesiapa.
Harapnya, ada la seorang mahupun dua orang yang membaca, namun, tiada yang membacanya pun langsung tak merugikan.

PS : Bajet pembikinan filem diMalaysia mungkin jauh lebih besar jikalau hendak dibandingkan dengan Indonesia, namun begitu, Laskar Pelangi adalah satu filem yang patut ditonton. Lupakan sebentar sengketa Malaysia-Indonesia, hal ini patut dikongsi bersama. ;)

No comments:

Post a Comment