hari-hari minggu

Sehari minggu itu, aku bersama wira dan juga botak(semua nama yang digunakan tidak tipu) keluar bandar untuk mencari sedikit keseronokan diPekan Masjid Tanah.

Perjalanan yang bernilai RM8 untuk sebuah teksi tiba dihadapan bank-bank yang beroperasi diMasjid Tanah.

Selesai urusan masing-masing dibank masing-masing..Bermulalah perjalanan kami yang panjang dari bank ke kedai runcit berdekatan (berpeluh jugak ketiak jalankaki dari bank pegi Bintang Ria).

Perjalanan yang mengambil masa agak-agak sebatang rokok perlu melalui sebuah kedai perjudian tidak salah disisi undang-undang yakni Sports TOTO.

Sedang melalui dihadapan kedai kedai jualan telefon bimbit yang bersebelahan kedai perjudian tersebut, aku menyedari kehadiran seorang tua cina, `nak beli nombo ekor kot` sangka ku.

Tidak semena-mena, sedang betul-betul kami melalui dihadapan kedai perjudian tersebut, apek cina tersebut secara kebetulan berada berhadapan dengan kami bertiga, (face to face laa)..

Apek tersebut secara tiba-tiba melompat tidak terlalu tinggi lantas menghulurkan tangan kanan ke arah celah kangkang botak(afiq) dengan lajunya seraya berkata `KATAKUNZI`, botak secara tiba-tiba menutup bahagian kemaluan dengan tangannya, aku kaget sendirian dan wira terpinga-pinga tak tahu menahu apa yang berlaku kerna dia jalan dibelakang.

Dalam kiraan 4saat apek tersebut menarik kembali tangannya, lalu terus berlalu dari situ dan menuju ke arah dalam kedai perjudian sambil gelak kepuasan.

sampai sekarang aku dah tak jumpa apek tu, nak jugak mintak autograph

2 comments:

  1. pergh. suwey gila. katakunzi!
    realiti ke unsur tokok tambah?
    haha.

    ReplyDelete