Malaysia Boleh

Dalam kelas ekonomi dengan pensyarah yang pakai kasut Adidas sebagai kasut harian, mungkin dia menyangka kasut futsal adidas sekarang banyak yang dibuat daripada kulit.

Negara macam Sweden, Norway dan beberapa negara barat lagi bagus, mereka membuat pengkhususan kerja. Setiap orang ada 'speciality' masing-masing.
Kawan saya, bekerja di Norway, pukul 8pagi masuk kerja, pukul 3petang dah boleh minum dekat bistro, tanpa perlu risau nak punch card lagi, sebab waktu kerja dah habis.

'Student-student' saya yang dah graduate, semua kerja 'oversea' sebab kata mereka, 'less work, more pay, more pleaseure.

Kalau bekerja di Malaysia, katanya, 'more work, less pay, more strees'. Sebab itulah mereka semua lepas graduate, terus apply kerja dekat luar.

Bukan macam di Malaysia, tiada pengkuhususan. Kononnya mahu kurangkan bajet, maka lahirkan ramai pekerja-pekerja yang banyak kemahiran. Dialah manager, dialah engineer, dialah segala-galanya. Bajet memang kurang, tapi keberkesanan? Zero!!

Kawan saya, bekerja teruk, tapi gaji tinggi, bekerja di Malaysia la..
Pukul 6.30 pagi dah pergi kerja, balik 9 malam, mandi, makan, Bupp!!, tidur..
Yela, esok nak bangun kurang-kurang 5.45 pagi, sebab 6.30 pagi dah nak start enjin kereta.

Tu la Malaysia..
MALAYSIA BOLEH!!


Malaysia

Kemana perginya YB-YB yang dahulunya sibuk dengan urusan dan mesyuarat untuk membangunkan tanah airnya ini?

Kemana perginya YB-YB yang dahulunya sibuk dengan urusan membela nasib-nasib rakyat jelata yang kesusahan, daif?

Kalau ditanya mengenai Pakatan Murni, berapa ramai orang boleh jawab? Sekurang-kurangnya tujuannya ditubuhkan, satu pun cukuplah. Kalau ditanya tahun ditubuhkan, haram..
Kalau ditanya kepada YB-YB yang sedang meningkat naik, sana-sini berkata itu-ini, tentang Pakatan Murni, apa agaknya yang mereka jawab.

Berapa ramai yang tahu tentang kewujudan Perlembagaan Negara?
Dan jika tahu, berapa ramai yang tahu serba sedikit tentang Perlembagaan Negara?

Jika betul rakyat yang katanya diberi kebebasan dan hak bersuara, katanyalahh..
Kesahihannya?
Mahu saja aku mencadangkan bahawa segala perkara tentang Pakatan Murni dan Perlembagaan Negara perlu diketahui oleh segala YB yang cita-citanya ingin bercerita itu-ini di sana-sini, sebelum layak memasuki kabinet.

Dari pemimpin tertinggi negara, sehingga kepada penasihat parti pembangkang, tahukah mereka tujuan mereka sibuk berpolitik itu-ini?


Hi kawan baru ku, si Templet

Baru aku perasan blogger ada keluar templete baru.
Lepas ni takde la susah-susah nak kena study html semata-mata nak kasi lawa sikit blog.
Kalau si nemba tu lain la..

Laporan Pendakian Gunung Stong

Ah, tiba-tiba malas nak menaip.

Lain kali lahh.

Kekurangan post

Aku semacam menyerah kalah untuk ber-blog saban hari.
Mengapa ya?
Perlu sesuatu yang sungguh energetik..
hehe

Sweet Home Alabama

Ini adalah entri terakhir sebelum aku berganjak menetap diBangi untuk 3 tahun mendatang.
Entri terakhir ini diposkan dari rumah, Kuantan.

Sebelum aku berkelana lagi, kali ini ke Bangi, ingin aku mengucapkan sekalung penghargaan kepada insan-insan yang bukan keluarga.

Terima kasih kepada Ehsan, yang setia memandu kereta Perodua 'mayat' beliau dan sekarang sedang sangap Wangan Midnight katanya, sebuah permainan video, yang diadaptasikan daripada manga.

Juga kepada Fuad Asri, yang penuh resepi-resepi ulam raja-raja dalam dadanya.

Tidak lupa kepada Nemba, dengan tips-tips dan tunjuk ajar dalam bidang fotografi, (review Peterporn tidak tersenarai)

Gerai juga tidak ku lupakan, atas segala jenis payung yang pernah beliau sediakan.

Ditujukan juga kepada Anissy, yang sanggup melayan kerenah beta, tanpa rasa jemu memberi nasihat-nasihat berguna. (Ucapan untuk kau tidak boleh banyak disini, khuatir timbul keraguan pihak-pihak tertentu)

Dan yang terakhir, Kem Belanda yang beraksi di padang tidak lagi enak seperti dahulu, namun harapan menjulang Piala Dunia kali ini cukup cerah! Disertakan ucapan daripada Kem de Oranje,

'Hey, Apple!'


Cerita Orang Buta

Ituhari, aku jalan ke Taman Kerang (Kuantan, Pahang). Ternampak orang mengurut kaki, terasa kaki lenguh, aku pun duduk dengan spontan atas kerusi malas yang disediakan untuk orang yang diurut kakinya..
Sejurus sebelum aku duduk, baru aku perasan, tukang urut, hampir kesemuanya buta, bermaksud bukan semua buta, ada yang mempunyai masalah penglihatan, mata mereka tidak dapat melihat dengan jelas, walau dengan bantuan kaca mata.
Aku duduk, buat-buat tak biasa menjadi pelanggan disitu (memang tak biasa pun), kemudian, bermula lah sesi mengurut kaki ku yang berlangsung lebih kurang 1/2 jam.

Sambil tapak kaki diurut, aku berfikir, apakah yang dirasakan tukang urut tersebut, pabila mereka terfikir, bahwa mereka tidak dapat menikmati keindahan dunia, hanya kegelapan yang diselubungi, sedangkan orang disekelilingnya, semuanya mempunyai mata yang berfungsi dengan cukup baik..

Keinginan mereka untuk melihat dengan normal, mengatasi keinginan lain, aku pasti, aku cukup pasti. Melihat mereka tersenyum, bergelak ketawa ketika bekerja, meyakinkan aku, mereka lah sebenarnya orang yang sentiasa ceria, ceria walau punya kekurangan.

Aku kemudian terfikir, bagaimana keadaannya jika mereka-mereka yang serba kekurangan ini diberi peluang, untuk menjadi normal, yakni dapat melihat. Cukup sejenak aku berfikir, aku merasakan, biarlah mereka berkeadaan sebegitu, bukan apa, tidak patutlah mendedahkan kepada mereka, dusta-dusta duniawi. Sungguh, ciptaan tuhan itu sebaik-baik ciptaan. Setiap ciptaan-Nya punyai sebab yang kukuh. Dan aku setuju, jika tuhan berkehendaki sebegitu terhadap hambanya.

Sesungguhnya, pagi bersama pengurut kaki, benar-benar mengajar ku, betapa dunia ini penuh dusta, jika tidak terlihat semua dusta itu, nescaya, perkara tidak diingini payah berlaku.
Percayalah.