Tempat Idaman

Kalau boleh, aku nak menetap dekat satu tempat asing, yang baru bagiku.
Dimana tempatnya, jauh dari hutan-hutan konkrit, jentera-jentera berat pembinaan.
Tempat dimana setiap orang mengenali setiap penduduk disitu, bekerjasama diantara satu sama lain.
Aku tak kisah jika jauh dari bandar, mahupun pusat membeli-belah terkemuka, kerana ternyata, aku tidak terlalu taksub untuk mencapai tahap materialistik. Namun, berharta banyak itu perlu.

Yang paling utama, setiap orang di kawasan itu, bukan yang aku kenal sekarang.
Teman-teman rapat yang mahu datang mengunjungi, haruslah mengutus surat dahulu.
Aku harap, bila aku berada di atmosfera baru, atmosfera dan penduduk di dalamnya menbantu aku melupakan segala yang telah terjadi, kerana aku mahu tenang, membiarkan jantung ku berdegup tenang, jauh berbeda dengan waktu-waktu sebelumnya.

Aku mahu sendiri.
Terdesak.

Oh ya, trek basikal jangan tertinggal.
Ini perkara wajib ada di tempat baru ku.

Rancangan WWF dan seangkatan sering mengingatkan, "PLEASE, DON`T TRY THIS AT HOME"

Yang pertama-tamanya, bukan aku yang snap.
HAHA.
Brader baju hitam tu, jangan main-main, pandai berubah jadi macam-macam, biasanya kerusi, fevret tuu..
Yang mesra baju biru tu pulak, pemastautin Bangi sekarang, dia ada uar-uarkan khabar angin, katanya hendak declare sesuatu, katanya cukup buat satu Asia Tenggara ketor pale, declare benda apapun aku tak tahu.
Kite tunggu..

Kekecewaan

Sejurus selepas keputusan keluar, aku tergamam, mana mungkin aku terima keputusan sebegitu.
Beberapa hari berlalu, aku teringat, kata-kata seseorang, pernah dikatakannya kepadaku, setelah keputusan MUET dihebahkan,

`Allah knows what best for you`.

Dan sekarang, saya berharap untuk bangkit, dan memerlukan bantuan Yang Satu, agar aku dapat melakar masa depanku, agar terus gemilang.
Seperti yang diharapkan, moga-moga seperti yang aku tulis dalam buku ku, segalanya terjadi.
Aku memohon kepada-Mu, agar diperkenankan segala permintaan ku, yang sebelum-sebelum ini tidak pernah tercapai hasrat ku.

Dan hamba tuhan yang membantu ku, Terima Kasih.
;)

i better prepare. gtg

Manusia lemah

Manusia memang lemah kan? Siapa yang katakan manusia kuat? Ada? Mungkin hamba-hamba Tuhan yang mengaku tidak adanya tuhan la kot yang berkata demikian. Ahh, tak perlu aku sabitkan mereka-mereka yang tiada agama. Bukan kerna aku tidak ambil tahu, tapi buang masa, namun kadang-kala, terselit juga mereka dalam doa-doa harian. 0:)

Manusia yang gagal menahan nafsu, lemah..
Manusia yang gagal menghadapi ujian, lemah..
Manusia yang gagal tepati masa, lemah..
Manusia yang kalah, lemah..

Senang katalah, manusia memang lemah, tuhan saja yang layak mendapat title Maha Kuat.

Bukan tujuan aku nak menceritakan betapa lemahnya manusia pada posting kali ni. Aku hanya ingin menyatakan, beberapa sikap manusia, yang langsung tidak boleh bertolak ansur, bertimbang rasa malahan.

Masalah menimpa, tak perlu la lari daripada tanggungjawab. Sekalipun masalah itu merugikan diri saya/kita/kamu/kau, jangan lah menuduh orang lain. Tak pernah ke terasa mahu mengaku kesalahan, dan menanggung akibat. Ini tidak, terus menerus mengutuk, mengata belakang, tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri, walhal kuat itu milik tuhan.

Sedar la diri kau tu sikit. Sudah-sudah la salahkan orang. Tengok sikit siapa kita tu? Cermin diri lagi sesuai.

Saya sedang mendengar :- (How it`s going to be, I want you) - Third eye blind

Yeay!

Akhirnya, setelah beberapa lama menuggu jatuhnya buku ini ke riba aku, dapat juga aku memilikinya setelah sedikit usaha (gila apa tunggu buku jatuh atas riba, bulan boleh la kot).


Yang ni versi Bahasa Indonesia sahaja terbit, Bahasa Melayu tidak dapat diterjemahkan, aku pun tak tahu sebab apa, mungkin kerana Bahasa Indonesia nya mudah difahami, ye dok?

Sebagai makluman, tempat kejadiannya peristiwa dalam buku ini, mahupun segala yang berkait dengan buku ini, orang-orangnya terdiri daripada orang Melayu! Dah.. jangan buat-buat terkejut.

Salinan pertama terbit pada tahun 2007(covernya diatas), tidak silap saya, dan yang terkini, begini muka hadapannya, bak kata orang cover..


Filem yang diadaptasi daripada buku ini pun telah diterbitkan, lagunya juga, yang didendangkan oleh kumpulan seberang yakni Nidji, kesemuanya atas satu nama yang sama, yakni Laskar Pelangi.

Tak perlulah aku gambarkan bagaimana kisahnya, cukup sekadar memujuk kamu semua samada menonton, atau mendapatkan senaskah buku ini.
Tak salah kita beli produk seberang, bangsa Melayu jugak..

Saya sedang mendengar :- (Best of Me)Daniel Powter, (Dreamin`, No One Else)Weezer

Pagi

Aku hari ini bangun seperti biasa, nak kata awal, boleh lah, nak kata lewat, tak berapa nak sedap.

Baring-baring, guling-guling atas katil, mau jugak makan masa separa jam, baru bingkas bangun dari katil, tu pun bukan terus mandi, sempat lagi lompat tali untuk jantung, biasalah, dunia urban sekarang, mane ada hutan-hutan atau taman-taman harmoni, kalau tak, boleh jugak lumba lari dengan binatang peliharaan.

Usai makan dan beberapa aktiviti pagi, aku bingung memikirkan, kenapa takde kerja rumah?
Maksud aku kerja yang dibawa balik, tidak kira lah dari sekolah, kolej mahupun tempat kerja itu sendiri.
Sebentar bingung, aku bingkas, masa tidak boleh dibuang begitu sahaja.

Lantas, aku memicit butang 'on' pada CPU, terus hidup komputer.

Malas pulak nak habiskan..

Masalah

Masalah berbentuk dalam pelbagai bentuk, tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
Selepas dikategorikan dengan pelbagai bentuk, ada pula pelbagai cara ianya datang.
Sama ada bergolek, berguling, berjalan atau berlari.
(OK, berjalan mahupun berlari mungkin menipu)

Setiap manusia menghadapi masalah, ada ke siapa yang terkecuali? Malahan seorang Raja pun bakal menghadapi masalah, bagai Raja Jepun, masalah hendak menurunkan takhta kepada zuriatnya yang bukan lelaki.

Aku pun ada masalah, tapi dah selesai.
Alhamdulillah..
Amin..