Tempat Idaman

Kalau boleh, aku nak menetap dekat satu tempat asing, yang baru bagiku.
Dimana tempatnya, jauh dari hutan-hutan konkrit, jentera-jentera berat pembinaan.
Tempat dimana setiap orang mengenali setiap penduduk disitu, bekerjasama diantara satu sama lain.
Aku tak kisah jika jauh dari bandar, mahupun pusat membeli-belah terkemuka, kerana ternyata, aku tidak terlalu taksub untuk mencapai tahap materialistik. Namun, berharta banyak itu perlu.

Yang paling utama, setiap orang di kawasan itu, bukan yang aku kenal sekarang.
Teman-teman rapat yang mahu datang mengunjungi, haruslah mengutus surat dahulu.
Aku harap, bila aku berada di atmosfera baru, atmosfera dan penduduk di dalamnya menbantu aku melupakan segala yang telah terjadi, kerana aku mahu tenang, membiarkan jantung ku berdegup tenang, jauh berbeda dengan waktu-waktu sebelumnya.

Aku mahu sendiri.
Terdesak.

Oh ya, trek basikal jangan tertinggal.
Ini perkara wajib ada di tempat baru ku.

2 comments: