Masalah.

Apa jadah aku bersedih bila dah nak exam ni?

McD

semalam sebelum aku memaki hamun pada operator telefon McD bahagian Melaka,
mujur jauh dalam hati aku terdetik,
bahwa Masjid Tanah ni jauh nya lebih kurang 30KM dr Bandar Melaka,
dan McD hanya menerima tempahan McDelivery dalam linkungan 15KM sahaja.
terus aku slow talk dengan operator tersebut.

hari aku ditenangkan oleh Kolonel KFC..

dalam seminggu dua lagi, aku akan cuba kontek rakan ku, yang jauh berada di US,
yakni Ronald McDonalds agar membuka satu cawangan di Masjid Tanah agar tak perlu aku bersusah payah bergaduh dengan operator cawangan Dataran Pahlawan.

*kalau boleh aku nak ikat kontrak jadi rakan kongsi sekali

sawang

bangun pagi tadi, aku rasa macam tak lengkap hidup,
buat la check list, semayang subuh..sudah, makan..belum, mandi..sudah,
tapi apa masalah nya?

aku pun terus gerak ke bilik seorang rakan taulan yakni wira, merangkap bilik afiq, syed juga mal..
masuk2 konon2 nak buat diskusi..
aku ternampak pulak laa sebuah notebook lengkap ber`broadband`..
aku try online,
fuuhhhh..laju.

tengah sedap2 baca blog, aku terlupa, yang penulisan aku pun dah lama terhenti.
datang la seru nak bukak akaun aku yang hampir2 di`delete` syarikat blog terkemuka nih..
lepas masuk je username ngan password, aku tekan log in.
tak lama lepas tu..

BZZZ..BZZ.BBZZZBZBZBBZZZ..

fuh, bersepah tebuan keluar dari laman sesawang aku yang sedia bersawang.
macam palat rasa bila blog dah 3-4 bulan update.

azam baru

bersempena dengan permulaan semester baru, aku pun rasa patut la aku ada azam baru,
ye dok?

tamatnya semester satu aku dengan peperiksaan akhir semester yang soalan-soalannya bagaikan telur dihujung tanduk.
ni bukan tahap putus cinta, ni tahap koma lepas eksiden, betapa hebatnya panahan peperiksaan akhir semester aku. haaaa..

sepanjang semester satu, sungguh banyak yang telah aku pelajari, sama ada yang baik atau buruk tak kisah, yang penting BELAJAR.

setelah mempelajari banyak perkara, aku pun menimbulkan satu keinginan, yakni untuk mempunyai azam pada waktu semester kedua agar perjalanan hidup aku di semester dua berjalan lancar.

p/s : aku tadi ingat nk tulis tajuk je. tapi dah melalut. tk jadi ah nak habiskan.

Cerita Dulu-dulu

Kali ni, aku taknak cakap banyak,
korang tenung gambar kat bawah ni puas-puas,
teka sikit siapa, menang hamper Tunas Manja,
amacam?


notakaki : mahu berkenalan dengan selebriti di atas?klik sini

hari-hari minggu

Sehari minggu itu, aku bersama wira dan juga botak(semua nama yang digunakan tidak tipu) keluar bandar untuk mencari sedikit keseronokan diPekan Masjid Tanah.

Perjalanan yang bernilai RM8 untuk sebuah teksi tiba dihadapan bank-bank yang beroperasi diMasjid Tanah.

Selesai urusan masing-masing dibank masing-masing..Bermulalah perjalanan kami yang panjang dari bank ke kedai runcit berdekatan (berpeluh jugak ketiak jalankaki dari bank pegi Bintang Ria).

Perjalanan yang mengambil masa agak-agak sebatang rokok perlu melalui sebuah kedai perjudian tidak salah disisi undang-undang yakni Sports TOTO.

Sedang melalui dihadapan kedai kedai jualan telefon bimbit yang bersebelahan kedai perjudian tersebut, aku menyedari kehadiran seorang tua cina, `nak beli nombo ekor kot` sangka ku.

Tidak semena-mena, sedang betul-betul kami melalui dihadapan kedai perjudian tersebut, apek cina tersebut secara kebetulan berada berhadapan dengan kami bertiga, (face to face laa)..

Apek tersebut secara tiba-tiba melompat tidak terlalu tinggi lantas menghulurkan tangan kanan ke arah celah kangkang botak(afiq) dengan lajunya seraya berkata `KATAKUNZI`, botak secara tiba-tiba menutup bahagian kemaluan dengan tangannya, aku kaget sendirian dan wira terpinga-pinga tak tahu menahu apa yang berlaku kerna dia jalan dibelakang.

Dalam kiraan 4saat apek tersebut menarik kembali tangannya, lalu terus berlalu dari situ dan menuju ke arah dalam kedai perjudian sambil gelak kepuasan.

sampai sekarang aku dah tak jumpa apek tu, nak jugak mintak autograph

program raya

hari ni hari khamis..tapi aku tak tau hari raya ke-berapa, yang ke-5 kot.
Sedang aku syok melayan perasaan sambil menonton filem seram yakni Congkak di tv2,
segmen iklan pun menjelma.
Celaka! ,bentak perasaanku

sambil menguyah coklat yang baru dikeluarkan daripada peti penyejukan..
aku masih tidak mengalihkan pandangan mataku pada televisyen yang sedang memaparkan iklan dan bermacam-macam hal lagi.
sedang asyik tv2 memaparkan rancangan sempena Hari Raya, terpapar di skrin televisyen..
Gerak Khas Raya..
aku tersentak..
bukankah siri gerak khas siri kepolisan yang ternyata polis akan menang..bukan penjenayah..
yang dimana Norman Hakim telah terbunuh wataknya dek kontrovesi yang ingin dihindari Yusof Haslam?!!(ni aku bace kat internet..bukan mengikuti siri ini)

sungguh.aku tersentak..terkebil-kebil sebentar mengunyah..
lalu terus ke bilik air..menunaikan hajat..
sampai sekarang aku masih terpinga-pinga..

Penjelasan..sesiapa?