Cerita Dulu-dulu

Kali ni, aku taknak cakap banyak,
korang tenung gambar kat bawah ni puas-puas,
teka sikit siapa, menang hamper Tunas Manja,
amacam?


notakaki : mahu berkenalan dengan selebriti di atas?klik sini

hari-hari minggu

Sehari minggu itu, aku bersama wira dan juga botak(semua nama yang digunakan tidak tipu) keluar bandar untuk mencari sedikit keseronokan diPekan Masjid Tanah.

Perjalanan yang bernilai RM8 untuk sebuah teksi tiba dihadapan bank-bank yang beroperasi diMasjid Tanah.

Selesai urusan masing-masing dibank masing-masing..Bermulalah perjalanan kami yang panjang dari bank ke kedai runcit berdekatan (berpeluh jugak ketiak jalankaki dari bank pegi Bintang Ria).

Perjalanan yang mengambil masa agak-agak sebatang rokok perlu melalui sebuah kedai perjudian tidak salah disisi undang-undang yakni Sports TOTO.

Sedang melalui dihadapan kedai kedai jualan telefon bimbit yang bersebelahan kedai perjudian tersebut, aku menyedari kehadiran seorang tua cina, `nak beli nombo ekor kot` sangka ku.

Tidak semena-mena, sedang betul-betul kami melalui dihadapan kedai perjudian tersebut, apek cina tersebut secara kebetulan berada berhadapan dengan kami bertiga, (face to face laa)..

Apek tersebut secara tiba-tiba melompat tidak terlalu tinggi lantas menghulurkan tangan kanan ke arah celah kangkang botak(afiq) dengan lajunya seraya berkata `KATAKUNZI`, botak secara tiba-tiba menutup bahagian kemaluan dengan tangannya, aku kaget sendirian dan wira terpinga-pinga tak tahu menahu apa yang berlaku kerna dia jalan dibelakang.

Dalam kiraan 4saat apek tersebut menarik kembali tangannya, lalu terus berlalu dari situ dan menuju ke arah dalam kedai perjudian sambil gelak kepuasan.

sampai sekarang aku dah tak jumpa apek tu, nak jugak mintak autograph

program raya

hari ni hari khamis..tapi aku tak tau hari raya ke-berapa, yang ke-5 kot.
Sedang aku syok melayan perasaan sambil menonton filem seram yakni Congkak di tv2,
segmen iklan pun menjelma.
Celaka! ,bentak perasaanku

sambil menguyah coklat yang baru dikeluarkan daripada peti penyejukan..
aku masih tidak mengalihkan pandangan mataku pada televisyen yang sedang memaparkan iklan dan bermacam-macam hal lagi.
sedang asyik tv2 memaparkan rancangan sempena Hari Raya, terpapar di skrin televisyen..
Gerak Khas Raya..
aku tersentak..
bukankah siri gerak khas siri kepolisan yang ternyata polis akan menang..bukan penjenayah..
yang dimana Norman Hakim telah terbunuh wataknya dek kontrovesi yang ingin dihindari Yusof Haslam?!!(ni aku bace kat internet..bukan mengikuti siri ini)

sungguh.aku tersentak..terkebil-kebil sebentar mengunyah..
lalu terus ke bilik air..menunaikan hajat..
sampai sekarang aku masih terpinga-pinga..

Penjelasan..sesiapa?

Aku dah Malas bersoal jawab dengan siapa-siapa

Muka aku buruk sebab aku jatuh dari basikal, ketika hendak buat drop dekat trek diPantai Teluk Cempedak yang hanya 9km dari rumah aku.

Selain muka, bahagian lain, semua selamat. Aku tak sempat nak tahan muka sebab jatuh belah kiri, aku dah la kidal, kot-kot patah ke..aku nak basuh bagaimanakah?

Spekulasi yang mengatakan bahawa aku jatuh motosikal adalah jauh berbeza dari sangkaan anda semua.(nak turun gear pun sedut-sedut).

Spekulasi yang mengatakan aku jatuh basikal ketika dikejar anjing pun dibentas keras.

Tapi asalkan basikal, aku dah mampu menguntum senyuman.
Setakat ini, bila anda mahu jawapan daripadaku, akan ku lakukan hanyalah..

`hmmmm.....`

Lain kali jangan tanye soalan sama setiap kali, kadang-kadang aku lupa skrip dan situasi hiperbola mungkin diselitkan.

Puasa cara terbaik untuk Kurus?

Majoriti masyarakat moden sekarang berpendapat bahawa, berPUASA adalah hanya alternatif untuk,
1. Diet
2. Jimat Duit
3. Semangat Raya Aidilfitri

Kepala hotak ko masyarakat.

Sekarang, kita hanya akan berbual tentang pendapat pertama tentang puasa..yakni, DIET..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang rakan(identiti dirahsiakan) bertanya kepada ku, dengan menghantar sms..

`susah nak kurus`

dibalas dengan,

`bleh je kalu ade determination....`(diubah dan disingkatkan untuk mengelakkan jadi kontrovesi)

tit tot(tanda mesej masuk)
`makan ikut time tu mcm mane?`

bermulalah khidmat nasihat yang tiptop daripada aku..
panjang lebar penerangan ku kepada rakan ku yang nekad kurus, sama seperti seseorang yang berlainan jantina yang selalu dikaitkan sebagai pasangan bahagia pada masa hadapan(mereka yang nak kurus), yang juga, nekad kurus selepas naik cuti.

sejurus selepas aku menekan punat hijau pada telefon, menandakan nasihat pertama dan terakhir berlalu..

sampai sekarang tidak berbalas..
mungkin sedang work-out..

seram sejuk

hari : rabu
tarikh : 22july`09
pukul : adik gori..eh 2.45petang
tempat : kawasan parking Berjaya Megamall Kuantan

sedang gori sibuk memandu kereta sambil melilau matanya mencari parking kenderaan..
aku pula sedang leka melayan lagu yang berkumandang dari corong radio kenwood kereta Gori..
nemba yang sedang membelek buku Junk, yang dipenuhi iklan Tuborg..
tiba-tiba bersuara dalam kesuraman petang itu..

`aku rase nak berhenti belajar laa..,`katanye nemba..
`haaa?!!,`gori terkujat sehingga terlepas satu parking lot kosong
`abis tu..ko nak buat mende?jadik nelayan?`, sampukku sambil buat2 tak terkejut..

`takde lahh..aku rase nak buat baju, jual baju jee..amacam?`sambung nemba sejurus aku menghabiskan ayat..
gori terkedu..menelan air liur..
`ni mcm syed penah utarakan dekat aku..,`lantang aku bersuara..

aku malas nak sambung..
mende ni cukup menyerabutkan aku..

tapi alhamdulillah perniagaan semakin laris..
insyallah berkembang maju menjelang 2010..
terimakasih kepada semua sokongan..
hanya tuhan yang layak membalasnya..
terimakasih tak terhingga..

Sokongan..

seorang rakan aku..telah membeli sejenis susu yang terkenal di kalangan `body builder`, yakni..



bertujuan untuk menguatkan otot2 yang tercedera sewaktu beliau menghabiskan masa lapang dengan menyepak apa sahaja objek yang berbentuk `bulat`.
dan, untuk menjadi seorang yang gagah pabila tamat cuti 2minggu pertengahan semester..

Persoalannya, perlukah aku menyokong agar beliau boleh memulakan pengajian dengan bangganya atau pun tidak?
anda jawab..

susu ini bukan calang-calang susu..susu lembu betina yang lepas melahirkan anak pun tak sehebat ini