Muka aku buruk sebab aku jatuh dari basikal, ketika hendak buat drop dekat trek diPantai Teluk Cempedak yang hanya 9km dari rumah aku.
Selain muka, bahagian lain, semua selamat. Aku tak sempat nak tahan muka sebab jatuh belah kiri, aku dah la kidal, kot-kot patah ke..aku nak basuh bagaimanakah?
Spekulasi yang mengatakan bahawa aku jatuh motosikal adalah jauh berbeza dari sangkaan anda semua.(nak turun gear pun sedut-sedut).
Spekulasi yang mengatakan aku jatuh basikal ketika dikejar anjing pun dibentas keras.
Tapi asalkan basikal, aku dah mampu menguntum senyuman.
Setakat ini, bila anda mahu jawapan daripadaku, akan ku lakukan hanyalah..
`hmmmm.....`
Lain kali jangan tanye soalan sama setiap kali, kadang-kadang aku lupa skrip dan situasi hiperbola mungkin diselitkan.
No comments:
Post a Comment