Berjalan seorang, berfikir, "Masih adakah harapan?". Bulan diam tidak menjawab. Malam gelap tiada jawapan. Pokok langsung tiada menyahut. Fikiran bermain-main. Banyak yang difikirkan. Ada yang dirisaukan. Sedang diam, hati menyahut. "Tiada apa untuk diharapkan, tiada apa untuk difikirkan, tiada apa untuk dirisaukan". Terus aku berjalan. Dan berjalan. Sampai aku jatuh. Aku bangun, tiada apa dihadapan mahupun dibelakang. Tinggal aku keseorangan. Tinggal sahaja bersendirian, ditemani bulan, yang langsung diam. Masih kosong.

Malam bulan.

Melihat bulan, hati bertanya, "Siapa kita?". Kaku, tiada jawapan. Melihat kepada bulan, dalam diam, hati berkata, "Tunggu, akan aku capai mu".