Pernah satu hari, aku keluar pada waktu malam dari dalam bangunan. Hanya untuk mencari awan. Mendongak ke langit, bulan yang ternampakkan. Samar-samar kelibat awan.
Kerana awan selalu disitu. Aku lebih bias memilih pelangi, namun apa kan daya, yang ada pada waktu malam hanyalah kelam, dan kesunyian. Kegembiraan alam lenyap, diganti dengan kegembiraan didalam. Didalam yang tidak pernah aku pasti, dimana.
Awan sentiasa disitu. Biar kau sedih, biar kau gembira. Berarak, setiap masa mengembara dunia. Ingin sekali aku berada disana! Ah, asyik!
Ingin sahaja aku bertanya pada bulan, "Pergi kau, aku hanya ingin awan".
Lepas sejenak, aku pendamkan pertanyaan. Kerana aku pasti, tanpa cahaya bulan, yang dipantulkan terik oleh matahari, manakan mampu untuk aku melihat bayang-bayang awan. Mustahil sekali.
Jika tiada apa lagi untuk menerangi, manakan nampak apa yang ingin kita cari?
No comments:
Post a Comment