Minum air sedap dikala haus, panas dan lepas makan.

Barbican. Baru aku tahu barbican tu boleh diminum, oleh yang Muslim.

Kita undur ke belakang sikit, barbican, menurut world wide web, adalah satu expo di nun Eropah, berkenaan seni. Tak kira la seni mempertahankan diri ke, seni alat muzik ke, seni melukis di badan ke, mahupun senam seni.

Itu menurut Google.

Barbican adalah sejenis perkataan yang diceduk daripada bahasa Latin purba, yang dikatakan berkait rapat dekat bahasa Roman dan ditegaskan diceduk pula daripada bahasa Arab atau Farsi. Terus kepada maksudnya, ia bermakna lebih kurang dengan pintu gerbang. Pintu gerbang yang ada menara pemerhati, dan sebagainya.

Itu merujuk kepada Wikipedia pula.

Itu sudah tentunya diambil daripada konteks masyarakat dahulu, sebab kalau sekarang pondok pengawal memang cecah lantai. Sebab kalau buat tinggi setingkat atau dua tingkat, terhalang pula oleh bangunan dihadapan, itu contoh la jika di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur.. Misal kata.. Tak kata betul pun..

Berbalik pada Barbican.

Satu blog yang memperkatakan tentang minuman ini, menyatakan bahawasanya, ianya tidak lah memabukkan dan tidak pula mengandungi alkohol. Namun begitu, blog tersebut ada menyatakan bahawa cara untuk memproses Barbican, yang didapati di keliling botol tersebut tercetak bahan-bahan asas yang perlu, bagi menyiapkan sebotol Barbican ini. Sila ke laman ini untuk maklumat lanjut, aku malas dah.

Ada pula satu blog, yang memperkatakan bahawa mereka mencemuh si polan ini, kerana si polan ini mencemuh mereka hanya kerana mereka minum Barbican. Mereka mencemuh si polan ini habis-habisan pula tu. Apa masalah dengan si polan ini dengan mereka? Aku tak faham. Nak tahu lebih lanjut, baca sendiri, di sini, aku dah malas duduk.

Oh ya, lupa nak tambah, Barbican ni dimiliki sepenuhnya oleh Pak Arab. Katanya boleh minum Barbican di hadapan Kaabah secara sambil lewa. Buang merata botol tu, aku tak pasti boleh ke tak. Dimiliki sepenuhnya oleh warga Arab yang asal usulnya masih lagi samar-samar, kerana carian di internet tidak membuahkan hasil. Kawan-kawan mungkin boleh membantu.

Bukan apa aku tulis pasal Barbican, cuma sebab dulu ada seorang rakan kata aku mundur, hanya kerana dungu Barbican. Aku nampak pernah la, tapi tak terasa nak basahkan tekak, sekalipun mengambil tahu fasal Barbican ni.

Tapi sungguh, aku masih lagi sebenarnya mencari teh tarik paling mantap sama ada di kedai melayu atau pun mamak. Dan aku takde sebab musabab yang kukuh nak ambil tahu fasal beer-beer dan shandy yang tidak memabukkan dan tidak mempunyai alkohol, seperti brader-brader di atas.