Semalam
seorang rakan perkatakan tentang seseorang yang punyai beberapa personaliti. Dalam bahasa cerdiknya digelar
'dissociative identity disorder'. Mendalami perkara pelik sebegini tak pernah lagi aku buat, tapi sekadar baca cerita benda macam ni pernah la. Bahasa pasar orang barat, mereka gelar
split personality. Secara ringkas, simptom seperti ini terjadi secara serius. Ah, macam mana nak kasi tau, tidak main-main maksudnya. Kiranya kalau kenal orang macam ni, jangan lah kita anggap mainan. Ini sungguh-sungguh. Contoh kes ini tidak perlulah saya sertakan, sebab meleret nanti.
Setakat ini, orang mengaitkannya dengan masalah psikologi. Tidak kurang yang kaitkannya dengan masalah spiritual atau bahasa mudahnya, gangguan hantu/makhluk halus. Dari segi psikologi, penyakit serupa ini sebenarnya boleh diubati. Tapi macam biasalah, makan masa. Dari segi masalah gangguan makhluk halus ni, jarang didengari sebenarnya.
Sama seperti schizophrenia, semuanya bergantung kepada empunya badan untuk mengatasi masalah tersebut. Dari sudut masalah gangguan hantu juga tidaklah aku tahu apa medium untuk mengalahkan hantu-hantu tersebut.
Satu kisah dari Amerika Syarikat ataupun British, tajuknya Dr. Jekkyl and Mr Hyde, ni salah satu contoh split personality, tapi menurut kisah ni, Dr. Jekkyl minum potion nak kasi tukar jadi Hulk, eh Hyde. Namun begitu, pesakit split personality khabarnya tidak perlu minum potion untuk bertukar personaliti, ia terjadi secara spontan/semula jadi. Seseorang berpotensi mempunyai lebih daripada 2-3 personaliti pada suatu masa.
Ok, setakat itu je aku tahu pasal split personality ni.
Kita beralih pula kepada Doppelganger. Hah, kalau kisah serupa ini, ramai kaitkannya dengan hantu. Katanya muncul seseorang yang mempunyai paras rupa fizikal 100% serupa kita, dan muncul dihadapan kita. Tapi perangai dikatakan perangai jahat. Maksudnya, ada seorang lagi orang seiras kita, muncul tapi diposessed semangat jahat. Lebih kurang macam tu la.
Fenomena ni diperkatakan sering berlaku bila seseorang nak mati, maksudnya ajal dah dekat. Namun begitu, hanya empunya badan yang rupa paras fizikal yang direflekskan sahaja yang nampak, orang asing atau pun selain daripada yang direfleks tersebut tak nampak ya kawan-kawan. Tak nampak.
Sebelum aku post benda ni, Doppelganger berasal dari Jerman, bukan penyakit ni, tapi istilah tersebut. Sepatutnya ada umlaut dekat g tu, tapi keyboard aku orang melayu nak buat macam mana. Ok, aku dah malas. Karang-karang sambung lagi.