Ke pantai kah, atau ke hutan kah?

Saban hari, semakin meningkat usia.
Tidak terasa jika dikira mengikut jam, mahupun hari.
Minggu tidak terasa, bulan tidak terasa.
Menghitung tahun, menghitung umur, baru perasan bahawa saban hari, semakin meningkat usia.

Jam dipergelangan tangan, tidak pernah berhenti mengira.
Mengira saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun yang berlalu.
Seiring, waktu berlalu.
Seiring, tanggungjawab terasa berat, perkara yang harus diselesaikan dengan banyak.

Waktu yang dikurniakan-Nya, tidak pernah kurang, tidak pernah lebih.
Tergelincir, jauh sekali.
Begitupun, sentiasa mengeluh, tidak cukup, tidak sempat.
Walaupun, setiap orang, tidak pernah kurang, tidak pernah lebih, masanya.

Kau penat, aku penat, mereka penat, kami penat, kamu penat.
Semua penat.
Kau terbeban, aku terbeban, mereka terbeban, kami terbeban, kamu terbeban.
Dengan tanggungjawab, dan tugas dipundak.

Aku ingin lari.
Lari daripada semuanya.
Ingin ku, hanya aku, disatu tempat, tiada yang menyuruh itu ini.
Tiada yang mahu ambil tahu.

Pundakku semakin memberat.
Saban hari, semakin letih, lemah aku.
Tidak perlu kau, kamu, mereka membantu.
Aku mampu.

Sampai bila?
Tidak aku terkata.
Larat kah?
Aku terkesima.

Aku ingin lari.
Aku ingin pergi.
Seperti yang aku katakan.
Aku ingin berlalu.

Berlalu pergi.
Menyendiri.
Bukan ke pantai, ke hutan.
Bukan ke sana, ke mari.

Aku ingin pergi.
Ke tempat yang boleh ku bersendiri.
Tiada yang menyuruh itu ini.
Tiada apa untuk merasa bersalah, dengan itu dan ini.

Haruskah aku berlalu?
Atau aku harus tunggu?
Saban waktu aku termangu, sendiri.
Ingin lari dari semua ini.

2 comments:

  1. Kenapa belog lu ni Poetic Ammo sangat ni? haha

    ReplyDelete
  2. Sebab Poetic Ammo dah berpecah, maka untuk meneruskan legasi. Tu lah pasal.

    ReplyDelete