Pagi tadi, sewaktu pertandingan ragbi sempena Sukan Universiti, rakanku terlihatkan sebuah MyVi, sebuah kenderaan buatan Malaysia. Selepas puas dia mengamati kenderaan tersebut, lantas beliau memanggil namaku, lantas menyuruhku pula mengintai apa yang ada disebalik kenderaan yang dipanggil MyVi tersebut.
Wahhhhhh..
Makwe tak pasti Cina atau Melayu ber"short pants" rupanya..
Aku pandang sekali, terus buat tak tahu, memandangkan dah ada orang menunggu nun jauh di Damansara, lain pula yang berlaku pada Ijat(bukan nama sebenar) yang terus menerus memandang makwe tersebut, dengan harapan agar makwe tersebut perasan akan kehadiran beliau.
Ish, ish, ish..
Sejurus selepas tamat perlawanan, aku tumpangi kereta Ijat, untuk kembali ke kolej. Kereta tersebut haruslah melalui kereta MyVi tadi, maklumlah, jalan sehala..
Keputusan perlawanan tidak perlu aku maklumkan memandangkan ini bukanlah soccernet.com mahupun sokernet.blogspot.com.
Aku pun sekali lagi terlihat kelibat kereta MyVi tersebut yang mengundang misteri. Tiada apa-apa yang mengujakan yang kami lihat melainkan seorang makwe yang tidak pasti Cina atau Melayu.
AH-HA..
Pakwenya akhirnya memunculkan diri.
"Lelaki macam tu pun boleh minat?"
Hashim membebel menggunakan dialek pantai timur.
"Jangan main laki tu, dulu time exam, dia bawak kereta BMW yang jip tu.."
"Apa nama dia eh..?"
Sambung Aulia
"X3 la tu.. Takpun X5, kalau hebat lagi X6 laa.."
sahutku tenang sambil buka bungkusan air sirap yang disediakan oleh AJK Sukan Kolej.
"Ahhh, takkan la makwe lawa-lawa nak pakwe gemuk, tak handsome pulak."
sambungku sambil sedut air sirap sikit-sikit, kalau laju-laju cepat habis, perut pun kembung.
"Melayu ke Cina lelaki tu?"
tanyaku pada Aulia.. tetap menyedut sirap laju-laju.
"Melayu.."
jawab Aulia
"Perempuan tu..?"
tanyaku lagi, tekun menghadap air sirap.
"Tu taktahu.."
Aulia jawab sambil pengang bungkusan nasi.
"Oooooo.."
Aku jawab sambil sedut titisan sirap yang terakhir.
nape tk ngorat je
ReplyDeletetkmau ah.
ReplyDeletedah ada.
thank u
:)
kat damansara tu sape? hihi
ReplyDeleteanis syamila namanya.
ReplyDeletekehkehkeh
dia gemox kn
ReplyDelete