Baring-baring, guling-guling atas katil, mau jugak makan masa separa jam, baru bingkas bangun dari katil, tu pun bukan terus mandi, sempat lagi lompat tali untuk jantung, biasalah, dunia urban sekarang, mane ada hutan-hutan atau taman-taman harmoni, kalau tak, boleh jugak lumba lari dengan binatang peliharaan.
Usai makan dan beberapa aktiviti pagi, aku bingung memikirkan, kenapa takde kerja rumah?
Maksud aku kerja yang dibawa balik, tidak kira lah dari sekolah, kolej mahupun tempat kerja itu sendiri.
Sebentar bingung, aku bingkas, masa tidak boleh dibuang begitu sahaja.
Lantas, aku memicit butang 'on' pada CPU, terus hidup komputer.
Malas pulak nak habiskan..