scuuseee mee

**(maaf, saya tidak dapat mencari tajuk yang lebih sesuai)

selama saya berada diMelaka, kebanyakan pelajar(gua takde mase nak kenal dgn sume orang) memandang saya serong.

Kata mereka, `ko nih orang KL kan??tapi apasal cakap macam orang pantai timur, tak style langsung..`

saya terus beredar dari lokasi. lama saya berfikir, lalu terdetik didalam minda, yang kuat mengatakan..

`mereka membesar dekat Congo kot..`

rase-rase anda, kenapa Kongo?
saya ada sebabnya

sebab bile saya tunjukkan ic saya, yakni, 910309-11-5475..

mereka bertanya, `11 tu negeri mane pulak, tak pernah nampak pun..`
jelas sangat mereka lebih mahir jikalau Congo menggunakan nombor seperti 11,14,06,01 untuk menyatakan anda dilahirkan disesuatu negeri..

tak 1Malaysia langsung..

satu lagi bukti,

apabila saya lebih suka bersembang dengan ORANG..
mereka nampaknya lebih senang berbual-bual dengan satu benda ajaib,
yang dikenali sebagai, telefon bimbit.
sangat sangat lame.

dan bukti terakhir untuk post kali ini,

mereka sangat berbangga berbahasa inggeris, walhal, mereka memijak bumi yang memartabatkan bahasa Malaysia.
mungkin bapa atau ibu mereka berkahwin dengan rakyat Kongo yang fasih berbahasa Inggeris dan ibubapa mereka adalah duta Malaysia di Kongo.

berbalik kepada cerita bila mana pelajar memandang saya serong.

seorang pelajar yang saya sangat-sangat yakin berasal dari pantai Timur menghampiri..

`kau orang tengganung jugak?!!`
`yup, aku lahir dekat terengganu, rumah nenek dekat terengganu, ayah pun ade rumah dekat terengganu, dan bila raya aku balik terengganu, cume aku tak pernah lagi tinggal dekat terengganu melebihi 2 minggu, apasal?`, balas saya dengan lancar.
`oh, orang tengganung jugok..aku ingak mung KL, sebab tu ah budok klatang ngan ganung dok tego mung..`
`ramai orang ingat mu orang KL, tapi bile aku tengok IC mung, aku rase doh mung orang ganung..haha`, perbualan itu mati disitu setelah kami berdua bergelak besar dan aku bergegas pulang ke bilik dan meninggalkan rakan baru dalam keadaan terpinga-pinga..

tidak 1malaysia langsung..

aku anggap, anak remaja sekarang kurang jati diri,
patutlah ade PLKN, Program Sukan Malam, dan ntah ape2 lah lagi yang membuatkan aku boleh termuntah selepas sarapan pabila meyelak akhbar harian.

bila rakyat pantai barat, tidak mahu mengenal rakyat pantai timur dan sebaliknya,
rosaklah Malaysia dan saya yakin akan wujud sempadan yang memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat..
ehh, silap..
Malaysia Timur dan Barat.

nasib baik aku layan dua-dua..
amacam..
cukup fleksibel tak?

3 comments: