takde ape2 yang nak dibanggakan

Hari : Selasa
Masa : 1600 >
Tempat : Kuantan Parade

hari ni aku ke Maroon, dengan satu tujuan nekad, yakni mendapatkan khidmat gunting rambut paling murah!!Bukan mak bangga la kan, tapi Maroon tu menawarkan khidmat gunting rambut antara yang termahal, sebab tu aku taknak bangga, potong rambut apalah sangat kan?
Khidmat potongan rambut paling murah, RM3, keling pun gulung tikar..Jadi, aku pun menuju ke Maroon dengan harapan memuncak untuk saving.

Masok je kedai, amoi cine cakap istilah2 dalam khidmat menggunting yang aku agak berasal dari bahasa kemboja. Untuk mengelakkan amoi cine yang cun lagi melecun tu kecik hati dengan kecetekan ilmu aku dalam menggunting rambut, aku hanya menjawab `ya` dan `macam mana tuh?`

Amoi cine tu usap2 kepale aku sampai aku mengantok, huish..digunting rambut aku selai2, macam dibelai, husih..dan itu, tidak perlu saya banggakan,
amoi cine cukup ramai di Tembok Besar Cine

`macam mane lu mau kasi cantik sama saye pnye rambot?`, tanyeku pade amoi
`lu pernah kasi panjang?`, amoi
`ni lah paling panjang..`,aku
`kalau kasi panjang lagi, macam olang kolea oook`, amoi
`yea ke?u kasi pendek cukup ahhh`, amoi
`saye tak tipuu pnye oook, lu mau gunting jugak?`,amoi
`yup!`, aku
bukan ape, aku sekilas pandang pada rambut agak kerinting ni pun rase serabut, lagi mau korea..pukul kang

Sambil amoi tersebut meng-ejustkan rambut2 aku, kami pun berborak rancak..sampai disatu part, amoi tersebut bertanye,

`U slalu datang sini kann?`

`eh, ni first time`

`saya macam selalu nampak awok oook`

`eh, yeke?`(sambil tersengih-sengih)
dalam hati aku cakap;
dalam mimpi eh?hahaha



tak semena-mena, sms KOYA pun masuk, kletang-kletung henset anti-virus ku berbunyi,,
terlayan KOYA la pulak,
sori la amoi, lain kali saya buat appointment sama u lagi yahh?

tiba masa aku untuk membuat bayaran, aku pun bertanya kepada receptionist yang dari aku masuk dalam saloon sibuk mengecat kuku;
`brapa?`

`15linggit`

`hoh?!!`
terkejut guling aku

bukan ke tadi rm3?
takpe la..
cambest je g saloon mahal2..

setibanya aku di rumah, aku cakap kat adik aku,
`hah tgk, org gunting kat Maroon, amacam?`

`eleh, eksyen!!`

`ahh, eksyen tak eksyen, meh la g Maroon, orang belanje`

`tanok!`

`tipu, bukan pegi Maroon kan?gunting kat Bunga Raya je..betul tak?`

shilakak betol, kempis wallet aku bayar gunting rambut mahal, senang2 adik aku pangkah!!

notakaki :
Maroon, sebuah saloon gunting rambut yang munggunakan produk REDKEN, ianya adalah antara saloon rambut paling otai dikuantan yang menawarkan harga2 paling otai
Bunga Raya, franchise terbesar khidmat menggunting rambut yang dimilikki oleh kaum India. Ianya merupakan dominasi terbesar cawangan menggunting rambut lelaki terkemuka yang menawarkan harga tetap rm9 bagi lelaki dewasa dengan apa2 stail sekalipun

2 comments:

  1. ehh..
    Bunga Raya tu, bukan kedai gunting rambut kat Taman Tas ke?
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. kan aku dah kasi nota,
    bukan setakat taman tas..
    francais nye sunggoh kuat,
    sampai `megang` kuantan

    ReplyDelete