Tingkap imaginasi.

Berdiri di tepi tingkap.
Kosong,
hanya pokok yang tidak melambai dan daun kering bersepahan.
Jauh,
merenung tidak ternampakkan apa yang didepan.

Bayangan, harapan, kenangan atau cuma mainan imaginasi?
Tidak sempat bertanya kepada sesiapa, pandangan gelap.

Realiti?
Barangkali datang menghampiri, menjemput.
Menjemput aku pergi, jauh menyelam ke dalam kegelapan.

Dimana jika aku bertanya kemana, tiada jawapan pasti.
Tiada apa yang pasti.
Cuma realiti.

Kaca

Setiap kali.
Setiap kali kau muncul dalam kepalaku.
Imej kau menjelma.
Ah, tiada sedikit pun cacat cela.

Setiap kali itu, mata aku berkaca.
Malu aku hendak memberitahu kenapa.

Setiap kali itu, aku memakai cermin mata.

Sekarang tahu kah kau bila masa kau muncul dalam kepalaku?

Life is fair you said?

Well, life fucked me hard today.
Oh please, just end me.

Resah

Kencang hatiku berdegup. Perlahan ku tanya pada hati, "Apa yang kelam kabut sangat ni?". Diam. Tiada jawapan. Sunyi menemani malam. Aku tertanya-tanya. Hati senyap sahaja. Tidak terkata.

Lama. Hati memanggil. Ingin perhatian. Aku berpaling. "Kenapa?".

Panjang lebar hati bercerita. Aku? Aku masih tiada idea apa yang cuba diperkata. Dungukah aku? Namun masih aku teringat, hati berkata, "Aku berdegup kencang, bukan kerana takut apa-apa. Aku takut kau sakit. Selama aku hidup, apa yang aku mahu, hanyalah agar aku tak terluka. Luka menyakitkan. Tanyalah pada hati sesiapa".

Terdiam aku mendengar luahan hati. Hendak berkata, takut aku hati terluka.

"Perkara terakhir yang ingin aku lakukan padamu adalah menipu mu. Supaya apa? Supaya aku tak terluka. Maafkan aku jika menipu, kerana bukan sengaja aku menyakitkanmu. Aku hanya mahu kau, dan aku gembira, bahagia. Jika kau boleh berdiri sendiri, percayalah aku. Aku enggan menipu lagi. Kerana aku tahu, apa jua yang berlaku, semua itu keinginan mu. Aku akur". Panjang lebar hati memberi penjelasan, tiada ruang untuk aku berkata.

Jauh dari lubuk hati, aku bertanya, "Ingin sekali aku ingin berdiri sendiri. Aku ingin mempercayai setiap gerak hatiku. Tapi bagaimana? Bila? Sedangkan hati pun tak tahu apa-apa".

Hati masih resah. Akal senyap tidak terkata. Baginya hanya logik. Dan imaginasi. Bukan ruang yang sesuai untuk dia campur tangan. Senyap sahaja dia.

Aku baring. Katupkan mata aku. Berkata-kata pada hati, "Rehatlah, esok kita mula muka surat yang baru. Jika resah lagi, kita mula lagi". Akal bersuara, "Setiap kali bangunmu dari tidur mu, itu permulaan yang baru. Namun, ingin kita mencari saat tika apa yang kita lalui, tidak lagi bermula yang baru, setiap kali. Permulaan yang baru tentu meletihkan, apa-apa pun, kami semua bersamamu".

Akal menenangkan dan menyenangkan keadaan. Membuatkan kami pasti, apa pun yang terjadi, kami tetap bersama. Tetap yang satu.

Aku fikirkan yang indah. Mata terkatup, tiada ruang yang bercahaya. Imaginasi menjangkaui apa semua yang ada. Senyum aku. Hati juga suka.

Walaupun setiap dari kami tahu, ini semua tipu. Biarlah. Biarlah kekal dalam penipuan ini. Apa yang aku inginkan hanya seulas senyuman yang berpanjangan.

Tutup mataku. Ingin bermimpiku.

Terima kasih, bulan.

Pernah satu hari, aku keluar pada waktu malam dari dalam bangunan. Hanya untuk mencari awan. Mendongak ke langit, bulan yang ternampakkan. Samar-samar kelibat awan.

Kerana awan selalu disitu. Aku lebih bias memilih pelangi, namun apa kan daya, yang ada pada waktu malam hanyalah kelam, dan kesunyian. Kegembiraan alam lenyap, diganti dengan kegembiraan didalam. Didalam yang tidak pernah aku pasti, dimana.
Awan sentiasa disitu. Biar kau sedih, biar kau gembira. Berarak, setiap masa mengembara dunia. Ingin sekali aku berada disana! Ah, asyik!

Ingin sahaja aku bertanya pada bulan, "Pergi kau, aku hanya ingin awan".
Lepas sejenak, aku pendamkan pertanyaan. Kerana aku pasti, tanpa cahaya bulan, yang dipantulkan terik oleh matahari, manakan mampu untuk aku melihat bayang-bayang awan. Mustahil sekali.

 Jika tiada apa lagi untuk menerangi, manakan nampak apa yang ingin kita cari?

Menanti atau terus berlari?

Dunia ini untuk aku kejar tidaklah termampu.
Atau aku boleh duduk di satu sudut, menanti.
Perkara yang tidak pasti.
Atau boleh saja aku terus mencari.

Terus menanti cukup membosankan.
Yang terlintas tidak langsung menyeronokkan.
Terus aku berlari.
Bukan mencari.
Hanya kerana aku pasti.

Berapa lama kau berjalan, baru kau sedar, saat kau berpaling, itu semua kegelapan.

They said that, there is always one place where you go and you tell yourself, "I've found my paradise". Where you can stay there, for all eternity without realizing that the time passes, you grew old, beard and all that growing up stuff.
Where it is the most special place for you and your soul mate, just spending the time together. Just the two of you.
Where you can just sit, spend the time, besides your soul mate, doing nothing, not even talking, or at least reading a book.

 Well, I have met the person, until everything left and I had nowhere to go.
 Just like a wanderer, without a place to go, without a reason to be somewhere.
Just wandering, like the poor-old beggar, looking for a shelter for the night. Well, at least looking for a warm place to kill the time.
 And, time passes, I am still looking for the lights.
At least, a reason.

 Dan, dah berapa lama kau berjalan, baru kau sedar, saat kau berpaling, berpaling ke arah kegelapan.

 At least, for now I've found my reason, to keep on smiling, to keep on living, the least, to keep searching. 

I've found the reason, why I felt so empty.
 Imagine, you crashed, on a car accident, paramedics found out that you just lost your backbone. So, how's that madaffaka?
See, I should have committed suicide, just so you know those who at least damaged their backbones might went numb, for all the life the Lord spared. This time, the backbones, went missing, the worst consequence you can have is no other except than dying.

 All the advise that she had given, keep in this tiny heart of mine I will. :)