:)

Aku taktahu lah nak tulis apa.
Ermm.. Terima Kasih Balie dengan Nabila.
Tak tahu la siapa lagi nak dengar cerita merepek aku lain orang dari DIA.
:)

http://www.youtube.com/watch?v=il-NdjTtUAI (tak reti la aku nak bubuh video dalam ni)

I'm not wishing for someone like you, just you. I want you back, if you think that I deserve you.
That's all.
Thanks a lot

:)

Hargai hidup kau, kau dan kau.

Tak usah la aku cerita banyak-banyak. Malas.
Ini ada satu filem kanak-kanak dari Jepun, tajuknya Mai Mai Miracle.


Tengok sendiri buat penilaian sendiri. Mungkin filem ni untuk kanak-kanak, tapi ada baiknya kalau kau tengok. Mana tahu boleh berubah. Haha..
Filem ni akan ingatkan kau, kenapa masa kau kecil tu berharga. Bila mimpi digabungkan sama azam yang kuat dan sebagainya.
Ah, aku bukan philosopher pun nak komen banyak-banyak.
Kalau rasa nak tengok boleh klik sini.
Kalau tak rasa nak tengok suka hati kau.

Satu lagi filem pasal beruang jenis apa aku tak pernah nampak. Jenis Jepun gamaknya. Sebab ini pun kartun Jepun.

Cerita ni pasal betapa masa kau budak kau punya lah sayang mak kau(termasuk ayah, kakak, abang, atuk, nenek, etc.. etc..) sampai kau sanggup buat apa sahaja untuk ada sebelah mereka. Tiba-tiba dah besar, tinggal kan keluarga, katanya keluarga tak penting etc.. etc.. (ok ini mungkin aku tambah, dan tadok dalam filem diatas)

Kalau nak download pun boleh klik sini.
Kalau taknak tu itu suka hati masing-masing.

Ok, semoga bergembira menonton filem dan mengambil nilai-nilai yang bersepah dalam filem-filem tersebut seperti tertera di atas.

The greater good.

Sometime in life, you have to lose something for the greater good in others life.
They prefer to gain something, for their own good.
I prefer to lose something rather than the greater loss in everyone's life.

I see monkeys!

They're talking about seriously-serious thing, yet we're still the monkeys.

Jangan mampir. Buruk padahnya.


Ini namanya lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Lirik saja yang ada, lagu takde dekat youtube. Pandai-pandai la cari, tu pun kalau minat.
Lirik ni sebenarnya dicuri dari blog apa nama entah. Aku pun dah lupa.
Dah, jangan nyanyi banyak sangat, bersilat lebih sikit.

KU BERSILAT
Lagu : Johari Salleh
Lirik : Johari Salleh

Bila aku disampingmu
Ku jaga dikau dari bahaya
Bila ada musuh datang
Tak usah dikau merasa bimbang

Jangan ditakut padanya
Ini perisai sudah sedia
Sekira dia ingin mencoba pula
Aku memasang kuda kuda

Ku bersilat
Ku bersilat
Ku bersilat
Yeaahh Yeaahh
Yeaahh Yeaahh
Yeaahh Yeaahh

Ku bersilat
Ku bersilat
Yeaahh Yeaahh
Ku bersilat

There's just no place like home.













-Bangsat juga perasaan bila ada multiple accounts.

Seorang, dua orang, tiga orang.

Semalam seorang rakan perkatakan tentang seseorang yang punyai beberapa personaliti. Dalam bahasa cerdiknya digelar 'dissociative identity disorder'. Mendalami perkara pelik sebegini tak pernah lagi aku buat, tapi sekadar baca cerita benda macam ni pernah la. Bahasa pasar orang barat, mereka gelar split personality. Secara ringkas, simptom seperti ini terjadi secara serius. Ah, macam mana nak kasi tau, tidak main-main maksudnya. Kiranya kalau kenal orang macam ni, jangan lah kita anggap mainan. Ini sungguh-sungguh. Contoh kes ini tidak perlulah saya sertakan, sebab meleret nanti.

Setakat ini, orang mengaitkannya dengan masalah psikologi. Tidak kurang yang kaitkannya dengan masalah spiritual atau bahasa mudahnya, gangguan hantu/makhluk halus. Dari segi psikologi, penyakit serupa ini sebenarnya boleh diubati. Tapi macam biasalah, makan masa. Dari segi masalah gangguan makhluk halus ni, jarang didengari sebenarnya.

Sama seperti schizophrenia, semuanya bergantung kepada empunya badan untuk mengatasi masalah tersebut. Dari sudut masalah gangguan hantu juga tidaklah aku tahu apa medium untuk mengalahkan hantu-hantu tersebut.

Satu kisah dari Amerika Syarikat ataupun British, tajuknya Dr. Jekkyl and Mr Hyde, ni salah satu contoh split personality, tapi menurut kisah ni, Dr. Jekkyl minum potion nak kasi tukar jadi Hulk, eh Hyde. Namun begitu, pesakit split personality khabarnya tidak perlu minum potion untuk bertukar personaliti, ia terjadi secara spontan/semula jadi. Seseorang berpotensi mempunyai lebih daripada 2-3 personaliti pada suatu masa.

Ok, setakat itu je aku tahu pasal split personality ni.

Kita beralih pula kepada Doppelganger. Hah, kalau kisah serupa ini, ramai kaitkannya dengan hantu. Katanya muncul seseorang yang mempunyai paras rupa fizikal 100% serupa kita, dan muncul dihadapan kita. Tapi perangai dikatakan perangai jahat. Maksudnya, ada seorang lagi orang seiras kita, muncul tapi diposessed semangat jahat. Lebih kurang macam tu la.

Fenomena ni diperkatakan sering berlaku bila seseorang nak mati, maksudnya ajal dah dekat. Namun begitu, hanya empunya badan yang rupa paras fizikal yang direflekskan sahaja yang nampak, orang asing atau pun selain daripada yang direfleks tersebut tak nampak ya kawan-kawan. Tak nampak.

Sebelum aku post benda ni, Doppelganger berasal dari Jerman, bukan penyakit ni, tapi istilah tersebut. Sepatutnya ada umlaut dekat g tu, tapi keyboard aku orang melayu nak buat macam mana. Ok, aku dah malas. Karang-karang sambung lagi.