Pernah

Pernahkah sesekali terlintas dalam fikiran, bahawa kita tidak mahu sesuatu perkara tersebut ada dalam diari sepanjang kehidupan kita?
Pernah kah?
Pernah bukan?

Harapan

Saya berharap untuk buat itu, ini dan itu.

Pada hari perkahwinan abang sulung saya, yang berlangsung sewaktu Hari Raya baru-baru ini, saya termenangis, teresak-esak.

Saya juga terperasan, abang fis, yakni abang kedua saya dan ayah juga begitu.
Tetapi tidak bagi kaum perempuan keluarga kami yang seluruhnya lapan orang.
Saya masih belum pasti mengapa dan kenapa.
Kaum perempuan mungkin gembira mengenangkan bertambahnya ahli keluarga perempuan.
Bukannya saya tidak gembira.
Ianya berlaku secara tiba-tiba.
Bila tok imam mengatakan sah, terus mengalir deras air mataku.
Aku tetap tak tahu kenapa.
Begitu juga pada abang fis dan ayah.

Apa-apa pun saya berasa gembira diatas kegembiraan abang kimi.
Beliau menjadi ahli keluarga kami yang pertama mempunyai ibu bapa mertua, selain daripada mak dan ayah.
Seterusnya abang fis.
Saya mengucapkan semoga mereka bahagia sehingga akhirnya, dan kak nad akan dapat melahirkan seorang anak saudara yang comel, boleh juga aku bawa pergi jalan-jalan makan eiskerim.

Dan, saya juga berjaya memperoleh tempat tinggal baru, apartment di Pantai Dalam, yakni rumah pasangan bahagia abang kimi dan kak nad.
Lepas ni boleh lah tidur situ kalau-kalau tak balik Kuantan.
Jangan suruh pergi sana nak buat Interior Design sudah la.
Sesungguhnya aku tak reti, lain lah kalau mak saudara saya yang bujang tu dan juga tinggal di Pantai Dalam, apartment betul-betul tepi stesen LRT, Stesen U.

Semoga abang kimi sampai ke destinasi dengan selamatnya setelah menaiki penerbangan ke Mumbai tepat jam 8malam tadi. (sesungguhnya MAS memang punctual)
Dan kepada kak nad, usah bersedih, saya sedia kemas rumah tu hari minggu.
Asalkan kak nad belanja makan sepanjang hujung minggu.
HAHA..

Makwe dan pakwe nya..

Pagi tadi, sewaktu pertandingan ragbi sempena Sukan Universiti, rakanku terlihatkan sebuah MyVi, sebuah kenderaan buatan Malaysia. Selepas puas dia mengamati kenderaan tersebut, lantas beliau memanggil namaku, lantas menyuruhku pula mengintai apa yang ada disebalik kenderaan yang dipanggil MyVi tersebut.

Wahhhhhh..

Makwe tak pasti Cina atau Melayu ber"short pants" rupanya..
Aku pandang sekali, terus buat tak tahu, memandangkan dah ada orang menunggu nun jauh di Damansara, lain pula yang berlaku pada Ijat(bukan nama sebenar) yang terus menerus memandang makwe tersebut, dengan harapan agar makwe tersebut perasan akan kehadiran beliau.
Ish, ish, ish..

Sejurus selepas tamat perlawanan, aku tumpangi kereta Ijat, untuk kembali ke kolej. Kereta tersebut haruslah melalui kereta MyVi tadi, maklumlah, jalan sehala..
Keputusan perlawanan tidak perlu aku maklumkan memandangkan ini bukanlah soccernet.com mahupun sokernet.blogspot.com.
Aku pun sekali lagi terlihat kelibat kereta MyVi tersebut yang mengundang misteri. Tiada apa-apa yang mengujakan yang kami lihat melainkan seorang makwe yang tidak pasti Cina atau Melayu.
AH-HA..
Pakwenya akhirnya memunculkan diri.

"Lelaki macam tu pun boleh minat?"
Hashim membebel menggunakan dialek pantai timur.

"Jangan main laki tu, dulu time exam, dia bawak kereta BMW yang jip tu.."
"Apa nama dia eh..?"
Sambung Aulia

"X3 la tu.. Takpun X5, kalau hebat lagi X6 laa.."
sahutku tenang sambil buka bungkusan air sirap yang disediakan oleh AJK Sukan Kolej.

"Ahhh, takkan la makwe lawa-lawa nak pakwe gemuk, tak handsome pulak."
sambungku sambil sedut air sirap sikit-sikit, kalau laju-laju cepat habis, perut pun kembung.

"Melayu ke Cina lelaki tu?"
tanyaku pada Aulia.. tetap menyedut sirap laju-laju.

"Melayu.."
jawab Aulia

"Perempuan tu..?"
tanyaku lagi, tekun menghadap air sirap.

"Tu taktahu.."
Aulia jawab sambil pengang bungkusan nasi.

"Oooooo.."
Aku jawab sambil sedut titisan sirap yang terakhir.

Bila 5 bulan kau meninggalkan arena berlari-lari, bersepak-sepak bola, berkejar-kejar beruk, nescaya kau akan...

Letih la..