Happy thoughts, & hope.

Ibarat memandu laju.
Kita tahu mudah untuk malapetaka datang.
Masih, kita dahagakan kelajuan.

Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta.


Cantik?
Aku hanya ingin dicintai sesederhana orang-orang lain.
Aku orang biasa.
Jangan pernah menganggapku istimewa.
Ada lagi yang mesti kau ingat.
Jika kita kelak saling mengenal.
Aku tidak pernah minta dikasihani.
- Lando, Ungu Violet.

()

Sunyi. Tidak sayu.
Laju hati meronta.
Mahukan apa?
Gelap. Cuba menenangkan.

Janji yang kau beri pada diri sendiri.
Sama sekali hanya tinggal janji.
Ingin memaksa?
Jauh ia pergi.

Tanya pada hati.
Kenapa begini?
Berlari-lari hati mengecilkan diri.
Apa yang kau mahu hanya jawapan pasti.

Pergi dia.
Dengan harapan pergilah semua tanda.
Semua tanda hitam, ibarat kulat yang berdendam.
Merangkak perlahan. Mencari jalan keluar.

Pergi dia.
Tiada apa yang kau harap mendatang.
Cuma ingin mencari jalan pulang.
Pulang dimana kau tidak bimbang.

Melangkah pergi.
Jangan pernah toleh ke belakang.
Bukan aku enggan.
Cuma jangan lagi mendatang.

Pergi.

(no title)

Ada dua gambar.
Bukan dua keping gambar.
Terlalu angkuh untuk aku dipotretkan ke atas sekeping kertas berwarna, dan berkilat.
Satu gambar.
Aku seorang, berdiri menunduk, merendahkan diri.
Satu gambar.
Aku tidak keseorangan. Tinggi aku mendongak. Meraih martabat lebih tinggi.

Tahukah betapa gelapnya bila dilindungi bayang-bayang sendiri?
Tahukah betapa cerahnya sinaran cahaya yang tidak dilindungi apa-apa?
Lama aku seorang.
Kemudian datang seorang-seorang, memenuhi petak gambar.
Tidak penuh, tetapi cukup untuk aku mendongak.

Aku kira panas sampai ke petang. Tak pernah aku jangka rupanya ribut ditengah hari.
Sedang aku tertawa, mendongak tidak sedar aku ditinggalkan.
Sangkaan gambar itu kekal hanya gurauan.
Pernahkah melihat bagaimana kita melekatkan satu gambar yang bercorak ke atas satu gambar utama, untuk memperlihatkan gambaran yang lebih menarik?

Semua itu gurauan. Dan mari kita bermula semula.

Self-titled.

Pergi, pergilah dia tanpa khabar.
Datang, datanglah dia, rahsia.
Mendongak aku ke langit, suram. Kelam.
Intai aku ke dalam hati, nyata. Serupa.
Merenung jauh ke lautan.
Kosong. Tiadakah yang mahu mengangkatku pergi?
Mencari-cari aku pelangi, tiada yang datang.
Jauh aku berenang, mencari jawapan.
Ah, lupakan saja lautan minda tak berpenghujung itu! Tak pernah membantu.
Aku ingin pergi.
Jauh.
Pergi jauh ibarat kelahiran semula bagiku.
Akibat kehidupan laluku tak tertanggungkan.
Bongkok memikul beban.
Lemah, keletihan.
Ingin aku pergi tanpa khabar, dan datang, rahsia.
Ingin aku bertanya, tidak pernah habiskah air mata yang bercucuran?

Padan muka.

Kau tahu apa yang lucu tentang hidup?

Lucu tentang hidup adalah bila kau berlari-lari,
ke situ,
sampai satu masa, kau tercari-cari sebab kenapa kau berlari-lari selama ini.

Dan paling lucu dalam hidup adalah apabila kau berlari-lari mengharapkan depaan tangan orang diseberang.
Apa yang mereka sediakan hanyalah angan-angan.
Kecewa, kan?

Padan muka.

Tingkap imaginasi.

Berdiri di tepi tingkap.
Kosong,
hanya pokok yang tidak melambai dan daun kering bersepahan.
Jauh,
merenung tidak ternampakkan apa yang didepan.

Bayangan, harapan, kenangan atau cuma mainan imaginasi?
Tidak sempat bertanya kepada sesiapa, pandangan gelap.

Realiti?
Barangkali datang menghampiri, menjemput.
Menjemput aku pergi, jauh menyelam ke dalam kegelapan.

Dimana jika aku bertanya kemana, tiada jawapan pasti.
Tiada apa yang pasti.
Cuma realiti.